Sunday, June 7, 2009

baru kejap tadi...

...aku takut nak angkat muka masa kat KL tadi..

banyak sangat maksiat disana sini

apa nak jadi?

cerminlah diri.

Wednesday, May 27, 2009

mungkin semalam, tapi bukan hari ni....

di ambang kesibukan assignments yang menggunung ni ( EE, TOK, IA, World Lit, CAS, HA, Correction Math,etc), terimbau kembali zaman di sekolah dulu......

  1. tak ada cas
  2. tak ada ee
  3. tak ada ia
  4. tak ada tok
  5. tak ada world lit
  6. tak banyak kerunsingan
  7. banyak masa lapang
  8. tak perlu runsing tentang da'wah
  9. tak pernah nak fikir tentang ummah ( ignorance is bliss)(best woo)
  10. tak pernah tahu tentang IB
IB, kau...
  • merubah segalanya
  • sehingga aku tiada masa lapang
  • membuatkan pencapaian spm ku yang cemerlang tu tak membawa erti apa-apa sekarang ni.
  • menjadikan terasa add math dulu tu amat senang
  • mendidik jiwa ku menjadi seorang insan
  • mendidik fizikal ku dengan arus deras sungai 'meeting-meeting' yang tidak kenal erti penat mengunjungi ku setiap masa, membasahi diriku dengan tugasan-tugasan yang kadangkala hanya membuang masa.
  • menjadikan aku hamba yang bersyukur kepada Tuhannya.
jangan asyik nak salahkan IB kalau semua tu salah diri sendiri.

sebelum nak salahkan orang lain, cermin diri tu dulu.jangan ingat kita semuanya betul.

dah dah. aku memang tak berapa betul, pergi sambung buat world lit!

p/s: kepada bakal-bakal junior, jangan takut dengan IB. IB tu 'best'

Tuesday, May 26, 2009

Kita; kini dan selamanya.

dah bosan dengan gaya bloggers yang asyik-asyik memulakan post baru dengan quotation-quotation dari pelabagai sumber. nak kan kelainan. nak kan perubahan.

Jiwa Tajdid jadi sasaran

aku terfikir sejenak,
di kmb, rasanya hampir semua kalau tidak semua pun dah tengok video shift your paradigm.btul?
jadi, ada apa dengan video tu?

bukankah tujuannya video itu kita melakukan satu anjakan paradigma jiwa kita? btul?

jadi sudah sejauh mana aku berubah?

***************************************************************************

teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke kmb dulu. disinilah bermulanya kehidupan aku sebagai seorang da'ie secara serius.

berjumpa saudara-saudara dari KISAS, SAMBEST, SEMASHUR, MRSM, SASER, SAS dan banyak lagi..(maaf, x mampu nak sebut semua)

pada awalnya, diperkenalkan dengan organisasi usrah.
wah, mantap ye usrah kat kmb ni?
para naqib pun bagus-bagus.

kemudian di-ISK-kan.

bermulalah satu ambang baru dalam kehidupan ku. aku dibukakan mata terhadap ummah di seluruh dunia.
terasa bertanggungjawab untuk membantu ummah yang rosak ini.
diberikan tenaga untuk penjanaan velocity agar terdapat momentum serta kinetic dan potential energy untuk memulakan tugas sebagai seorang abdi dan khalifah Allah di bumi ini.

kemudian, di-IPK-kan pula.
makin tinggi energy level. tindak balas exothermic dapat dilihat dengan pergerakan da'wah yang bersemangat sekali.

usrah diteruskan.
tiap-tiap malam rabu, naqibku yang mantap trus menerus menekankan mutabaah amal, jaga iman, jaga hati, da'wah tugas kita, bagaimana hendak berda'wah, usrahku seperti family. terasa rahmatNya, nikmatnya berada disamping 'keluarga' ini. walaupun kami dari latar belakang berbeza, kami berjumpa kerana ummah, bersatu kerana ummah, berjuang untuk ummah.

masuk sem-2.

akibat tindak balas exothermic sebelum ini, akibatnya energy level of product is less than the reactants. semakin lama, momentumku semakin berkurangan. velocity da'wah ku sudah tidak seperti dulu.

apa sudah jadi? mana perginya semangat? mana pergi semuanya?

IB sering dipersalahkan...Btul ke?

"tak de masa lah"
"kita kene belajar dulu"
"weyh, math dh siap?"
"usrah? math banyak x siap lagi ni.."
"ceramah? main dota lagi best. dota jom!"
"alaa kau ni, jumpa kau je xde topic lain nk cakap. bosan lah.xde life"
"aku ni x cukup ilmu lagi nak berda'wah.."
"ala dorang tu, kau cakap pun bukan dorg nak terima da'wah"
"biarlah dorang dengan kehidupan dorg. kita, kitalah."

macam-macam. beribu alasan diberikan. boleh ke jadi alasan kat akhirat nanti?

"walaupun liqa' malam ni x ramai yang hadir, marilah kita doakan untuk saudara-saudara kita yang lain. biarlah kehadiran kita malam ini jadi saksi dihapan tuhan nanti atas usaha kita di dunia ni"- afifi

*************************************************************************

kemana perginya semangat shift your paradigm?
kemana perginya semangat - "we go by the minute" oleh Walid?
kemana perginya semangat - "saya telah dispieskan"?
kemana perginya semangat kualiti seorang IB learners' profile?

punctuality semakin sampah(maaf penggunaan bahasa)

profesionalism dalam pekerjaan masih ditakuk lama.

pengurusan masa masih lemah

asyik ber-LAN setiap minggu. sanggup berjaga hingga 5 pagi untuk game LAN dan bola. tapi qiam tak mahu pula.

sem 3 macam mana kawan-kawan?


di usia macam kita sekarang, Sultan Mehmet II al -fateh telah berjaya menawan Constantinople.
Saad bin Abi Waqash mengepalai kekuatan Islam menghadapi kekuatan Rom.

kita bagaimana?
perbaharui jiwa kita. tidak mudah. tetapi tidak mustahil. insyaAllah.



NAKKAN PEMBAHARUAN


Sunday, January 4, 2009

mengapa Palestin


satu_______________________________________________________________________________________

Makkah diserang, Madinah ditawan. Tiada siapa yang boleh mengunjunginya lagi. Masjid-masjid di sekitarnya dibakar, rumah-rumah dan bangunan-bangunan diroboh, kawasan pertanian di racun, bekalan air, bahan api disekat, stesen janakuasa diarah berhenti.

bila mana kuasa elektrik terputus, maka Makkah bergelap. Kilang-kilang dan pejabat-pejabat berhenti beroperasi, bahkan hospital turut sama lumpuh. Saban hari manusia mati. Bayi-bayi yang lahir tidak cukup bulan meninggal kerana tiada incubator, yang sesak nafas dan asma meninggal kerana mesin respiratori tidak berfungsi, pesakit kanser meninggal kerana tidak boleh menjalani rawatan kemoterapi, bahkan satu persatu pesakit gugur kerana bekalan ubat yang kehabisan.

Makkah kiblat ummat Islam, di sana terletaknya kaabah dan Masjidil Haram. Adakah ummat ini telah mati atau lumpuh bilamana Muslim seluruh dunia hanya mampu melihat dan berdemo. Adakah mereka menunjukkan perasaan marah mereka di kaca tv, segalanya akan berubah?

Maaf, salah menaip. Ianya bukan Makkah, tetapi Palestin. Kiblat pertama ummat Islam, bumi Isra’ Mikraj dan medan dakwah para Nabi. Disitulah juga terletaknya Masjid Al-Aqsa.





dua_______________________________________________________________________________________

Manusia biasa yang tidak beriman kepada Allah pun melihat isu ini dengan fitrah kemanusiaan. Mereka berasa belas dan kasihan terhadap rakyat palestin yang tertindas. Sekiranya kita berasa terikat dari segi ukhuwwah dan aqidah islamiyyah, setidak tidaknya kita melihatnya atas dasar-dasar yang lain. Hari ini manusia sibuk berkempen tentang binatang-binatang dan  para vegeterian menahan diri mereka memakan binatang sedangkan dalam masa yang sama, daging manusia diratah setiap hari di palestin dan seluruh dunia.

 

Hari ini ummat Islam seolah-olah diejek dan dicabar oleh Zionis Israel dan sekutumya. Saban hari kita melihat aksi kekejaman mereka di kaca tv dan setiap hari juga kita melihat mayat-mayat yang diusung di Palestin namun saban hari jugalah kita cuma duduk berdiam diri dan tidak mampu melakukan apa-apa. Dengan nisbah 1:3000 antara kita ummat Islam seluruh dunia dengan zionis di Israel sebenarnya bilangan ini langsong tidak menggentarkan zionis kerana kita sudah ditransformasi menjadi golongan yang sehina buih-buih selepas banjir. Banyak dan tidak terkira, namun tiada nilai dan harga.

 

 

         “sesungguhnya inilah ummat kamu semua, Ummat yang satu dan sesungguhnya akulah Tuhan kamu semua maka sembahlah aku”

(Al-Anbiya’ 92)

 


tiga____________________________________________________________________________

Bila berbicara tentang isu ini, persoalan ini tidak lari dari dua aspek. Yang pertama. Ianya isu kekitaan antara sesama individu yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Maka terdapat banyaknya dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ummat Islam ini ialah ummat yang satu, setiap mereka adalah sebahagian yang lain. Barangsiapa yang gagal menunjukkan semangat kesatuan ini boleh dipertikaikan tahap keimanannya. Jika ummat Islam di Malaysia, ataupun di KMB gagal menunjukkan kepedulian dalam hal ini, maka keimanannya boleh dipersoal. Kepedulian kita terhadap sesama muslim merupakan ajaran agama sebagaimana solat, puasa, zakat merupakan tuntutan agama. Jadi janganlah kita termasuk dalam golongan yang mengambil sebahagian agama yang dirasakan sesuai dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Jika mengikut hadis Nabi, ummat Islam umpama sebatang tubuh yang bilamana satu anggota terasa sakit maka sakitlah seluruh anggota badannya dan tidak mampu tidur malam. Bila hujung jari tercucuk duri ataupun sebatang gigi terasa sakit maka kita merasa resah dan tergolek-golek di atas katil pada waktu malam. Tetapi pada hari ini, bukan setakat secebis duri, bahkan jari-jemari kita dikerat satu persatu oleh zionis dan gigi kita diumpil keluar sehingga hanya tinggal beberapa batang saja, namun kita masih diam membisu dan tidak berasa apa-apa. Kita tidak berasa terancam bahkan berasa aman dan damai di negara sendiri walaupun hakikatnya batang tubuh kita diperkosa sesuka hati dan hanya menanti hari untuk lumpuh dan luluh.

Hakikatnya ummat Islam hari ini telah dibius oleh ubat pelali bernama semangat semangat negara bangsa berjenama Zionis dan sekutunya. Setiap mudarat dan manfaat hanya ditimbang dalam lingkungan negara dan bangsa masing-masing. Bangsa dan negara lain dianggap makhluk asing yang tiada kena mengena dengan hidup mereka.

 


empat______________________________________________________________

Ummat Islam hanya akan bersatu di bawah naungan aqidah yang sama. Tiada agen penyatuan lain yang mampu menghubungkan setiap jiwa-jiwa Muslim di seluruh dunia melainkan kalimah Syahadah. Hari ini ramai yang membebel tentang kesatuan ummat sedangkan pegama agama meresa sangat lemah. Agama disesuaikan mengikut cita rasa sendiri.

Kita percaya dan yakin bahawa isu Palestin merupakan isu keseluruhan ummat Islam kerana sebagaimana Kaabah merupakan kiblat dan maruah ummat Islam, begitu juga kedudukan Al-Aqsa yang merupakan `senior’ Kaabah dan `junior’ Masjidil Haram dan perlu diperjuangkan sebagaimana kita akan berjuang jika Kaabah diceroboh. Bumi suci Isra’ Mi’raj ini telah dimuliakan Ar-Rasul Muhammad dalam hadisnya :

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

Sangat melesat sangkaan orang yang menyangka isu palestin ini isu yang asing. Sangat jahil mereka yang beranggapan Malaysialah segala-galanya. Sangat buruk percakapan orang yang mengatakan mereka yang memperjuangkan isu ini melupakan tanah air sendiri.

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi”

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmidzi)




Stephen Chow dan Konstantinopel



Cerita 1

Teringat satu babak dalam filem Kungfu Hustle arahan Stephen Chow bilamana pasangan pendekar kungfu suami isteri telah bertembung dalam satu pertarungan yang hebat dengan Raja Kungfu. Sehingga sampai satu ketika ketiga-tiga mereka tidak mampu bergerak dan terkunci kerana tunduk di bawah skil dan teknik masing-masing. Tiba-tiba datang stephen chow, seorang yang langsung tidak tahu berkungfu datang menghentam kepala si Raja Kungfu dengan kayu besar. Hentaman kuat itu menyebabkan ikatan yang mengunci ketiga-tiga pendekar tadi terbuka. Tindakan berani stephen chow membelasah kepala Raja Kungfu menyebabkan dia dibantai oleh Raja Kungfu dengan sangat dahsyat sedangkan Stephen Chow sememangnya langsung bukan tandingan Raja Kungfu.

Setelah patah-patah dibantai oleh algojo Kungfu tersebut, namun semangat untuk melawan dan membalas kembali nyata masih ada. Menggunakan kayu kecil yang berada dalam jarak capaian beliau, dia `menghentam’ kepala Raja Kungfu sekadar kudrat yang tinggal. Tindakannya tidak mahu tunduk dan masih ingin melawan dibalas dengan aksi-aksi ganas melampau oleh sang Raja.

Di diklimaks cerita, dengan tidak disangka-sangka, tindakan Raja Kungfu terus menerus membantai dan membelasah Stephen Chow dengan sangkaannya akan melemahkan dan membunuh Stephen Chow ternyata meleset. Sama sekali tidak terlintas dalam kepalanya Stephen Chow akan bangkit kembali bahkan mampu mengalahkannya dengan mudah.


Cerita 2

Sewaktu peristiwa Khandaq, iaitu di mana ummat Madinah di bawah kepimpinan Ar-Rasul telah mengorek parit di beberapa bahagian di sempadan-sempadan Madinah sebagai satu bentuk taktik peperangan untuk mempertahankan Madinah. Dalam proses mengorek parit ini, maka salah seorang sahabat Nabi bernama Salman Al-Farisi telah terjumpa seketul batu besar yang tidak mampu dipecahkannya. Lalu penemuan beliau ini dilaporkan kepada Nabi. Disingkatkan ceritanya, Nabi memecahkan batu tersebut dengan hanya 3 pukulan.

Sewaktu kejadian inilah terjadinya satu ramalan yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi. Ramalan tersebut ialah mengenai akan berkembangnya Islam ke seluruh pelusuk dunia, bahkan di setiap bumi yang mana matahari menyinar di atasnya.


Nabi meramalkan bahawa ummat Islam akan menakluk Konstantinopel dan Rom. Maka di atas keyakinan dengan kata-kata Nabi, mereka bertanya “yang mana dulu ya Rasulallah?” ( supaya mereka dapat fokus untuk menawannya mengikut ramalan Nabi). Maka Nabi menjawab Konstantinopel dahulu.

Nabi menghebahkan kepada para sahabat akan ramalan ini sewaktu ummat Islam dalam keadaan tertekan ingin menentang Musyrikin Makkah dan sekutu Yahudi. Jika iman mereka tidak kuat nescaya mereka akan berkata “ ah, kite kat madinah ni pun berapa kerat je, dengan musyrikin makkah ni pun belum tentu lepas, berangan pulak nak takluk konstantinopel ngn rom yang hebat tu”

Namun atas kata-kata Nabi tersebut, ummat Islam berasa bertenaga dan sentiasa bersemangat. Abu Ayyub Al-Ansari sewaktu mengikuti salah satu ekspedisi untuk menawan Konstantinopel, telah berkata “ sekiranya aku mati, kuburkanlah aku di bawah tembok-tembok Konstantinopel agar dapat aku dengari derap-derap tapak kaki kuda orang Islam yang akan menakluk kota ini’

Janji Nabi itu bukanlah berlaku bagaikan silap mata. Bukanlah tiba-tiba saja Ummat Islam menakluk kota itu ataupun orang-orang Kristian tiba-tiba menyerah kalah dan membuka kota tersebut untuk orang Islam. Bahkan ianya berlaku dan ditepati kerana usaha keras orang Islam dan semangat Jihad untuk menyampaikan agama tauhid ini. Dan penaklukan kota ini tidaklah berlaku melainkan selepas 800 tahun kewafatan Nabi S.A.W. Namun kepercayaan ummat Islam tidak pernah goyah, semangat mereka tidak pernah luntur, dan usaha-usaha sentiasa dilakukan sepanjang zaman kerana setiap orang ingin menjadi `Pembuka Konstantinopel’  yang diceritakan nabi sebagai ` sebaik-baik tentera dan sehebat-hebat pemimpin’

Hingga kini Rom yakni Itali masih belum ditakluk, namun ummat Islam seharusnya percaya dan tidak lupa akan janji Nabi ini. Namun adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang dijanjikan Nabi ini atau kita cuma ingin berada di tepi menjadi penonton tatkala orang lain berhempas pulas berkorban jiwa dan harta bagi merealisasikan janji ini. Islam tetap akan bangkit sesuai dengan janji Allah samada kita menyokong kebangkitan ini ataupun kita hanya duduk berdiam diri. Nabi telah bersabda mafhumnya

  "barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berjihad di jalan Allah, ataupun tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, sesungguhnya dia mati dalam keadaan jahiliyyah"

Janji siapakah yang lebih benar daripada Janji Allah dan RasulNya? Adakah kita masih ragu-ragu dengan kebenaran agama ini? Adakah sepatutnya kita masih berasa lemah sedangkan saat kemenangan pasti akan tiba.

Anda silap jika menyangka Islam akan terus berada di bawah dan sama sekali tidak akan mampu mengalahkan Israel dan sekutunya.

Friday, January 2, 2009

apa perjuangan mu?


engkau ingin berjuang,
tapi tidak mampu menerima ujian

engkau ingin berjuang,
tapi rosak oleh pujian,

engkau ingin berjuang,
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

engkau ingin berjuang,
tapi tidak begitu setia kawan

engkau ingin berjuang,
tapi tidak sanggup berkorban,

engkau ingin berjuang,
tapi ingin jadi pemimpin,

engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan

engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran

engkau ingin berjuang,
kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

engkau ingin berjuang,
tapi tidak mampu menerima ujian

engkau ingin berjuang,
tapi rosak oleh ujian

engkau ingin berjuang,
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan

engkau ingin berjuang,
kerenah isteri tidak engkau tahan

engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang

engkau ingin berjuang
diri tidak engkau tingkatkan

engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan

engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan


engkau ingin berjuang

kasih sayang engkau cuaikan

engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

engkau ingin berjuang

anak isteri engkau lupakan

engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan

engkau ingin berjuang

kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

engkau ingin berjuang
pandangan engkau tidak selaraskan

engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan

engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan



yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?


****************************************

nukilan tatkala kebosanan menunggu hari 'penentuan' (6jan09)

Wednesday, December 31, 2008

Merentas Malaysia menuju Palestin










Aku mencari-cari punca kenapa semangat Palestin ini seolah bermusim. Sekejap ada sekejap takde. Sekejap kuat sekejap lemah. Sekejap semangat, sekejap buat tak kisah.

                                         xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku naik hairan dan takjub juga tengok sahabat-sahabat kaki bola. Mereka mengikut perkembangan pasukan bola sepak kegemaran mereka tanpa ada satu berita pun yang terlepas. Bukan setakat keputusan perlawanan, malah semua latar belakang pemain , keluar masuk pemain, bahkan setiap kejadian yang berkaitan dengan kelab kegilaan mereka, semua mereka tahu. Semangat mereka untuk bercerita, MENYAMPAIKAN berita itu kepada rakan-rakan sangat hebat dan mengkagumkan. Ianya sekuat semangat mereka bangun di tengah-tengah malam saat insan lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Baju-baju, aksesori-aksesori mereka tidak lari dari menonjolkan lambang-lambang pasukan mereka. Geng ARSENAL tegar MEMBELA dan MEMPERTAHANKAN pasukan mereka bila berlawan cakap dengan geng LIVERPOOL walaupun pada hakikatnya mereka tidak dibayar satu sen pun oleh Arsene Wenger.  SEMANGAT mereka berkekalan. TAK PERNAH luntur pun. Meskipun pasukan mereka di pihak yang kalah. Ianya OBSESI  yang luar biasa.

                              xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku juga bingung dan tersentuh bila tengok kawan-kawan yang kaki movie dan drama. Nama-nama pelakon, tajuk lagu, tajuk filem dan drama, semua mereka hafal. Skrip-skrip dan adegan-adegan yang menarik, menyayat hati pun mereka berupaya untuk lakonkan semula. Drama-drama mereka ulang tayang berpuluh-puluh kali tanpa rasa JEMU dan yang paling menakjubkan air mata mereka begitu murah bercucuran ataupun setidak tidaknya dada akan berasa sebak melihat perpisahan antara dua insan ataupun kegagalan dalam percintaan. Mereka benci dan jijik terhadap kejahatan watak-watak antagonis dalam drama-drama Indonesia. PERASAAN dan EMOSI mereka sangat KONSISTEN.


                                xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku tengok juga kepada peminat anime. Mereka tak sabar-sabar menanti  perkembangan komik-komik yang mereka ikuti. Setiap perkara yang terjadi dalam komik tersebut mereka hayati. Apa saja dirasai dan terjadi kepada watak kegemaran mereka. Bilamana Kakashi dalam komik Naruto wafat, maka kesannya terasa kepada pembaca. Seolah-olah watak-watak itu hidup dan berlegar-legar dalam kehidupan seharian mereka.

                                  xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apakah keistimewaan semua ini berbanding PALESTIN ?

 

Isu Palestin isu yang sepatutnya mendarah daging dalam jiwa setiap yang bergelar MUSLIM. Malangnya kita gagal mengetahui dan mendalami permasalahan ini. Kita tidak tahu nama pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang, dan para syuhada Palestin walaupun mereka inilah yang sepatutnya menjadi HERO kita. Bukan seorang pemain bola, bukan juga seorang pelakon dan tentu sekali bukan watak di dalam komik. Tapi HERO kita ialah rijal-rijal yang mengalirkan darah dan air mata mereka kerana berjuang untuk meninggikan kalimah TAUHID.


Entah dimana hilang titisan air mata dan perasaan sebak bila saban hari berpuluh-puluh ibu terpisah dari anaknya, isteri  terpisah dari suaminya, dan adik terpisah dengan abangnya. Dan perpisahan ini ialah untuk selama-lamanya dan sama sekali bukan lakonan di layar tv. Di mana rasa benci , jijik dan mual yang timbul bila menonton drama Indonesia apabila kita berhadapan dengan isu palestin. Kekejaman dan keganasan yang mereka lakukan tiada batas dan di luar batas kemanusiaan. Tapi kita cuma berdiam diri dan tidak ambil pusing. Hilang segala emosi dan perasaan.

 

Yang terakhir sekali, adakah cukup dengan cuma mengetahui tentang permasalahan PALESTIN dan umat ISLAM tanpa berbuat apa apa. Tiada asimilasi dalam kehidupan, tiada tindakan, tiada apa apa.

Maka jadilah kita seperti buih-buih di lautan sepertimana yang disebut dalam Hadis Ar-Rasul.

 

Dimanakah??

SEMANGAT DAN OBSESI

MEMPERTAHANKAN DAN MEMBELA

TIDAK JEMU DAN PUTUS ASA

PERASAAN DAN EMOSI YANG MELUAP LUAP

PENGHAYATAN DALAM HIDUP


                           xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

 

Wednesday, December 24, 2008

Dosa Pemimpin Arab : Rakyat Ghaza Makan Rumput

Di kala pemimpin negara Arab dan pemimpin Muslim lainnya di seluruh sedang menikmati juadah yang paling mewah di muka bumi, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kelaparan akibat kepungan kejam pihak berkuasa Israel, semakin terdesak sehingga terpaksa memakan rumput untuk meneruskan hidup.

Kesengsaraan mereka turut disahkan pegawai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkan ramai penduduk kelaparan.

Bukan sekadar tidak ada keimanan, malah sedikit belas kasihan pun tidak ada bagi pemimpin-pemimipin ini. Mereka langsung tidak ada rasa bersalah dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita ini, walaupun mata mereka menyaksikan semua ini.

Rasulullah saw bersabda,

“Tidaklah beriman dengan ku orang-orang yang tidur dengan perut kenyang sedangkan dia mengetahui jirannya sedang kelaparan” [HR Bukhari dan al-Hakim].

Sebagaimana Rasulullah pernah berpesan, perumpamaan umat Islam yang saling mencintai satu sama lain, murah hati kepada satu sama lain, bersikap baik terhadap satu sama lain adalah seumpama satu badan. Jika ada bahagian tubuh yang mengadu kesakitan, bahagian-bahagian lain tubuh akan turut berjaga sepanjang malam. Hal ini menunjukkan betapa perlunya kita membantu sesama umat Islam. Apatah lagi bagi pemimpin di mana di atas bahu mereka terpikul amanah untuk menjaga rakyat.

Keadaan buruk yang melanda umat Islam pada masa kini adalah kerana tidak adanya ‘pemeliharaan’ dari pemimpin ke atas mereka. Pada masa pemimpin sedang enak melahap juadah masing-masing, sedikit bantuan pun tidak diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

Pemimpin-pemimpin Arab yang tinggal cukup berdekatan dengan Palestine hanya asyik memerhatikan sahaja nasib kaum Muslimin, tanpa membantu sedikit pun. Mereka telah terserang penyakit yang Rasulullah namakan sebagai “al-wahn” iaitu cintakan dunia dan takut mati. Mereka takut untuk membebaskan tempat suci kaum Muslimin di Palestin dan mereka lebih memilih untuk terkurung dan terikat dengan konsep perkauman gaya baru iaitu negara sempadan berasaskan kaum (territorial-nation state).

“Apa yang kami mampu lakukan ialah makan rumput. Hanya ini pilihan yang ada bagi memastikan kami sekeluarga dapat hidup,” kata Amra Abu, ibu lapan anak kepada akhbar Britain, The Times, sambil menuding ke arah rumput hijau yang tumbuh liar di tepi jalan raya Gaza. Setiap pagi, beliau dan anak perempuannya, Rabab, 12, mengutip rumput di sepanjang jalan raya yang didakwanya selamat dimakan. Amra, 23, turut mengemis bagi mendapatkan wang untuk membeli bahan api. “Saya sudah lupa bilakah kali terakhir dapat makan buah-buahan,” kata Rabab yang memakai pakaian lusuh dan seluar jeans koyak.

Penderitaan Amra antara kisah sedih yang terus menyelubungi Semenanjung Gaza selepas Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza yang menempatkan kira-kira 1.6 juta penduduk. [Berita Harian 17/12/2008]

Penderitaan yang dialami oleh kaum Muslimin ini terjadi tatkala pemimpin negara-negara Arab Teluk adalah pengeluar terbesar minyak dunia, dan tatkala mereka megah dengan pembinaan bangunan pencakar langit nombor satu di dunia dengan hasil kekayaan yang diraih dari minyak. Mereka mengejar kemewahan dunia hingga tidak lagi memandang kepada saudara mereka di Ghaza yang memakan rumput untuk hidup.

Usaha umat untuk menegakkan Khilafah adalah amat mendesak bagi menyelamatkan kaum Muslimin di seluruh dunia. Penyatuan umat di bawah satu payung kekhilafahan dan penghapusan batasan sempadan negara berasaskan kaum, pastinya akan memudahkan penyaluran bantuan dan apa jua keperluan kaum Muslimin di serata dunia. Insya Allah sistem Khilafah ini akan pasti kembali kerana ia adalah janji Allah ke atas kita semua. Cumanya, kita mestilah bersungguh-sungguh untuk menjadi penegaknya.

Monday, December 15, 2008

macam mane hari ni?

satu hari telah berlalu.

macam mane hari ni?

sama macam semalam?

atau lebih baik?

ke lebih teruk?

memetik kata-kata saydna Abu Bakar as-Siddiq
"seorang muslim tidak akan dipatuk oleh ular yang keluar daripada lubang yang sama dua kali"

muhasabah diri sket, apa yang kita dah buat hari ni?
  • solat 5 waktu?
  • solat awal waktu?
  • ada tolong mak ayah kita?
  • pergi masjid tak?
  • ada bace quran?
  • ok, at least dengar orang baca quran?
  • solat sunat?
  • istighfar?
  • pergi majlis-majlis ilmu?
kalau ada bagus. kalau tak da, kurang bagus.

apa je yang kita buat dalam 24 jam lepas?

  • main game? (dota garena)
  • duduk depan pc lama2?
  • keluar dengan kawan?
  • balik malam?
  • tido je memanjang?
  • marathon movie?
  • shopping?
  • makan-makan?
fikir-fikirkanlah.

"jaga iman"

Saturday, December 13, 2008

ignorance is bliss??

assalamualaikum.
saya ada satu isu yg nk dibawa - kealpaan kita, apakah kesudahan kita?

first thing first, takziah diucapkan kpd sesiapa yg terlibat dgn bencana yang agak byk berlaku skrg kt msia. banjir di pntai timur, tanah runtuh di bkt antarabgsa, tak lupa jugak saudara2 kita kt palestin, gaza yg smpi skrg dibantai dlm rumah sendiri oleh penggans Zionis.

td masa khutbah jumaat, sesiapa yang duduk area selangor mesti sedar (kalau x tido la) yang dlm teks khutbah ada doa yang boleh kira pnjg utk pnddk bkt antarabngsa yg dimana 14 buah rumah banglo besar2 mewah2 ranap sekelip mata.

erm.. bukan nk poyo or anything, tp mengapa x dmskkn sekali doa utk saudara2 kita yang kurang berkemampuan di pntai timur yg diuji lagi dgn banjir? sudahlah kurang kaya (miskin) pastu banjir pulak tu. sudah tergolek, ditimpa tangga, ter'landing' atas tahi ayam pulak. isyh3. innalillah..

kenapa x dimasukkan sekali doa utk saudara2 kita kt gaza yang separuh bernyawa skrg ni? mgkn kawan2 kita yg kt egypt tu tau mcm mane keadaan dorg. xda makann, ubatan, elektrik, pendek kata semua supplies ke gaza dipotong oleh Zionis Laknatullah.

kenapa x doakan dorg sekali?

bukan nk jd negatif, tp saya rasa sedih bila tgk dlm tv, apabila abg2 pakcik2 anggota penyelamat ni bersikap kurang ajar dgn pnddk kt bukit antrbgsa. bukan sekali, byk kali pulak tu. tp kn, cuba fikir balik, kenapa dorg nk kurg ajar? whats it 4 them kalau kurg ajar dgn pnddk tu? nothing rite?

so cuba muhasabah diri. mgkn jgk perangai kita tu yg sombong dn berlagak yg mnybbkn anggota penyelamat ni naik mual dgn dorg. kn?yela, tgkla sape yg duduk kt situ, dato2, datin2, lawyer, org2 besar. tp, sangka baik la, mgkn sbb anggota tu penat kn, so angin la sket. but still..

kenapa kerajaan letak bajet yg agak besar nk tolong org2 berada mgsa tragedi tu? dpt liputan media dgn meluas, mcm la dunia nk kiamat. nk saman2 org la, itula inila.
saudara kita kt pantai timur mcm mane skrg? kg saya di pantai timur, alhamdullilah, banjir dh semakin surut. but still, bg dorg yg mainly nelayan yg periuk nasi dorg turun ke laut mngkp ikan, apa yg dorg nk mkn skrg?? ikan masin dgn keladi? kenapa x tlg org2 ni?

sedarkah kita, hidup ada penghujungnya? well, of coz kita semua tau semua tu, tp perbuatan kita lgsg x mencerminkn kita ni beriman dgn hari kebangkitan (muslims)..

malas nk ungkit pnjng2, lu pikir la sendiri.

"dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. tidakkah kamu mengerti??
( 6 : 32) ^