Cerita 1
Teringat satu babak dalam filem Kungfu Hustle arahan Stephen Chow bilamana pasangan pendekar kungfu suami isteri telah bertembung dalam satu pertarungan yang hebat dengan Raja Kungfu. Sehingga sampai satu ketika ketiga-tiga mereka tidak mampu bergerak dan terkunci kerana tunduk di bawah skil dan teknik masing-masing. Tiba-tiba datang stephen chow, seorang yang langsung tidak tahu berkungfu datang menghentam kepala si Raja Kungfu dengan kayu besar. Hentaman kuat itu menyebabkan ikatan yang mengunci ketiga-tiga pendekar tadi terbuka. Tindakan berani stephen chow membelasah kepala Raja Kungfu menyebabkan dia dibantai oleh Raja Kungfu dengan sangat dahsyat sedangkan Stephen Chow sememangnya langsung bukan tandingan Raja Kungfu.
Setelah patah-patah dibantai oleh algojo Kungfu tersebut, namun semangat untuk melawan dan membalas kembali nyata masih ada. Menggunakan kayu kecil yang berada dalam jarak capaian beliau, dia `menghentam’ kepala Raja Kungfu sekadar kudrat yang tinggal. Tindakannya tidak mahu tunduk dan masih ingin melawan dibalas dengan aksi-aksi ganas melampau oleh sang Raja.
Di diklimaks cerita, dengan tidak disangka-sangka, tindakan Raja Kungfu terus menerus membantai dan membelasah Stephen Chow dengan sangkaannya akan melemahkan dan membunuh Stephen Chow ternyata meleset. Sama sekali tidak terlintas dalam kepalanya Stephen Chow akan bangkit kembali bahkan mampu mengalahkannya dengan mudah.
Cerita 2
Sewaktu peristiwa Khandaq, iaitu di mana ummat Madinah di bawah kepimpinan Ar-Rasul telah mengorek parit di beberapa bahagian di sempadan-sempadan Madinah sebagai satu bentuk taktik peperangan untuk mempertahankan Madinah. Dalam proses mengorek parit ini, maka salah seorang sahabat Nabi bernama Salman Al-Farisi telah terjumpa seketul batu besar yang tidak mampu dipecahkannya. Lalu penemuan beliau ini dilaporkan kepada Nabi. Disingkatkan ceritanya, Nabi memecahkan batu tersebut dengan hanya 3 pukulan.
Sewaktu kejadian inilah terjadinya satu ramalan yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi. Ramalan tersebut ialah mengenai akan berkembangnya Islam ke seluruh pelusuk dunia, bahkan di setiap bumi yang mana matahari menyinar di atasnya.
Nabi meramalkan bahawa ummat Islam akan menakluk Konstantinopel dan Rom. Maka di atas keyakinan dengan kata-kata Nabi, mereka bertanya “yang mana dulu ya Rasulallah?” ( supaya mereka dapat fokus untuk menawannya mengikut ramalan Nabi). Maka Nabi menjawab Konstantinopel dahulu.
Nabi menghebahkan kepada para sahabat akan ramalan ini sewaktu ummat Islam dalam keadaan tertekan ingin menentang Musyrikin Makkah dan sekutu Yahudi. Jika iman mereka tidak kuat nescaya mereka akan berkata “ ah, kite kat madinah ni pun berapa kerat je, dengan musyrikin makkah ni pun belum tentu lepas, berangan pulak nak takluk konstantinopel ngn rom yang hebat tu”
Namun atas kata-kata Nabi tersebut, ummat Islam berasa bertenaga dan sentiasa bersemangat. Abu Ayyub Al-Ansari sewaktu mengikuti salah satu ekspedisi untuk menawan Konstantinopel, telah berkata “ sekiranya aku mati, kuburkanlah aku di bawah tembok-tembok Konstantinopel agar dapat aku dengari derap-derap tapak kaki kuda orang Islam yang akan menakluk kota ini’
Janji Nabi itu bukanlah berlaku bagaikan silap mata. Bukanlah tiba-tiba saja Ummat Islam menakluk kota itu ataupun orang-orang Kristian tiba-tiba menyerah kalah dan membuka kota tersebut untuk orang Islam. Bahkan ianya berlaku dan ditepati kerana usaha keras orang Islam dan semangat Jihad untuk menyampaikan agama tauhid ini. Dan penaklukan kota ini tidaklah berlaku melainkan selepas 800 tahun kewafatan Nabi S.A.W. Namun kepercayaan ummat Islam tidak pernah goyah, semangat mereka tidak pernah luntur, dan usaha-usaha sentiasa dilakukan sepanjang zaman kerana setiap orang ingin menjadi `Pembuka Konstantinopel’ yang diceritakan nabi sebagai ` sebaik-baik tentera dan sehebat-hebat pemimpin’
Hingga kini Rom yakni Itali masih belum ditakluk, namun ummat Islam seharusnya percaya dan tidak lupa akan janji Nabi ini. Namun adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang dijanjikan Nabi ini atau kita cuma ingin berada di tepi menjadi penonton tatkala orang lain berhempas pulas berkorban jiwa dan harta bagi merealisasikan janji ini. Islam tetap akan bangkit sesuai dengan janji Allah samada kita menyokong kebangkitan ini ataupun kita hanya duduk berdiam diri. Nabi telah bersabda mafhumnya
"barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berjihad di jalan Allah, ataupun tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, sesungguhnya dia mati dalam keadaan jahiliyyah"
Janji siapakah yang lebih benar daripada Janji Allah dan RasulNya? Adakah kita masih ragu-ragu dengan kebenaran agama ini? Adakah sepatutnya kita masih berasa lemah sedangkan saat kemenangan pasti akan tiba.
Anda silap jika menyangka Islam akan terus berada di bawah dan sama sekali tidak akan mampu mengalahkan Israel dan sekutunya.
No comments:
Post a Comment