Friday, November 21, 2008

Lanjutan drpd forum Couple tu boleh, tapi…

Rabu malam tu ada sebuah forum pasal couple. aku rasa korang pun pergi kan? Kalau korang rasa tak puas hati, korang boleh comment kat kitaorang. aku pun tak paham jugak apa yang diorang bagitau but one thing for sure, aku tau camne nak elakkan couple.
Memang fitrah manusia saling sayang2, cinta2. Kalau korang tak de perasaan ni, korang ni alien la(tak pun predator he he). Tapi korang tau tak cinta yang paling indah ialah cinta Allah. Memang betul, dari kita cinta makhluk, bukankah lebih baik jika cinta kita cinta pada pencipta makhluk itu sendiri?
aku teringat kata2 Allah, “kalau hambaKu mengingatiKu sambil berbaring, Aku akan mengingatinya sambil duduk. Kalau hambaKu mengingatiKu sambil duduk, Aku akan mengingatinya sambil berdiri. Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari. Jika hambaKu mengingatiKu seorang diri, Aku akan mengingatinya seorang diri, dan jika hambaKu mengingatiKu di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang jauh lebih besar dan mulia”. Betapa besarnya cinta Allah kpd kita namun adakah kita mampu untuk mengucapkan cinta padanya?
Bagi orang2 yang teringin nak couple, aku ada satu pepatah, bunyinya camni: cinta kita urusan Dia dan cinta kan Dia urusan kita. Kenape kita nak sibukkan diri dalam urusan Dia sampai kita lupa urusan kita.
Dan bagi sesape yang betul2 tak tahan, ingatlah jika kita mencari cinta manusia, kita cume akan dapat cinta dunia. Jika kita mencari cinta Allah, maka cinta manusia, cinta dunia, cinta akhirat akan dating kepada kita.
Renung2kanlah dan ubahlah diri kita ke arah kebaikan.

Tuesday, November 18, 2008

kita dan solat

Ramai orang tanya aku nape KMB ni cam teruk smacam. Aku bknnye malas nak jawab tp kalau jawapan dah ada depan mata, buat apa nak tanya lagi. Para sahabat pernah bertanya kpd nabi tntg ayat “sesungguhnya solat mencegah dari perbuatn keji dan mungkar” (al-ankabut:ayat 45). Maka nabi pun menjawab,”jika solat seseorang itu tidak sempurna maka solatnya tidak dapat mencegah perbuatn keji dan mungkar”.
Pagi tadi aku ada klas solat kat surau. Bila aku chek2 balik, rupanya ada banyak lagi yang salah dalam solat aku. Agak2 solat aku selama ni betul ke salah? Aku pun terfikir gak, entah2 solat kite ni Allah terima ke x? patutla aku tengok ada yg tak pakai tudung, ada yg isap benda yg diisap, ada yg ponteng usrah, entahla lu fikir la sendiri !(dgn gaya Nabil)
Betul ke kita solat 5 waktu?
Lepas
Betul ke kita solat wajib berjemaah
Err..
Betul ke kita solat di awal waktu ngan imam?

Betul ke solat kita tu ikhlas kerana Allah?
Betul ke dalam solat kita khusyu’?
Atau kita dalam golongan yang solat tapi celaka? Yang solat cam monorel? Yang solat cam ayam patuk nasi?
Ingatlah: “sesungguhnya amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah ialah solat, jika baik solatnya maka baiklah segala amalannya. Jika buruk solatnya maka buruklah segala amalannya.”.

Abis tu camne? Tanya iman , Tanya islam , hisab diri.
“learn, live, love islam”

Saturday, November 8, 2008

kami menunggu janji-janji manismu.

dear beloved newly-elected MPPs,

kami menunggu janji-janji manis daripada anda.
kami menunggu wi-fi pada setiap blok,
kami menunggu penggunaan kad matrik di LRC,
kami menunggu penambahbaikan infrastruktur di KMB,
kami menunggu perubahan suasana di KMB.


exam

"its time to freak out"

exam dh dekat!!!


kredit kepada seorang brother yang telah membluetoothkan gmbr jadual tersebut kepada saya.
lets struggle together. GANBATTE!

"one for all, all for one"

Thursday, November 6, 2008

“Hidup ini tidak seindah sentuhan mata. Kadang-kadang naik, kadang-kadang turun….selalunya turun”

“Hidup ini tidak seindah sentuhan mata. Kadang-kadang naik, kadang-kadang turun….selalunya turun”

KMB oh KMB. Orang selalu mengadu, busy itula, busy ini la. Macam mane hidup kt kmb ni sebenarnya? A friend of mine once told me that KMB stands for Kerja Masih Banyak. IB pulak Internationally Busy. Kalau sesiapa pernah terjumpa blog super seniors kita, diorang plak cakap IB ni Ikan Batu. Kenapa? Waallhualam. Mungkin sebab makanan DS tak sedap kot. Sekarang mcm mane pulak? Entahla, bagi saya, makanan kt DS tu dah lebih dari cukup. Sedap tu sedap la jugak. Semua orang ada pendapat masing-masing. Kalau nak dibandingkan dengan saudara kita yang dekat Psakistan, Iran semua yang baru menghadapi ujian besar – gempa bumi? Bersyukurlah dengan apa yang ada…


*

*****

“Abang, life kat KMB best ke?”

“Boleh tahan la”

“Boleh tahan je?”

“Best la jugak. Kawan-kawan semua sporting dan supporting. Banyak kepala jugak la kat sana. Tapi tu yang best tu”

“Ohh.. kiranya abang memang suka la life kt kmb?”

“Agak aar. Walaupun busy macam apa. Sampai pressure tu perkataan biasa. Sampai kadang-kadang tu terasa macam nk drop je IB ni. Tapi kawan-kawan tu buat abang terasa nak stay. Teruskan perjuangan.”

“Wah. Semangat nye abang ni. Skema gler ayat. Hehe. Abang kata kawan-kawan ada banyak kepala. Macam mane tu? Macam mane abang bleh unite kalau x sekepala? Batch saya sekarang tak unite sebab banyak kepala la bang. Tak best bang bila x unite”

“Two heads are better than one. Btul tak?”

“Btul-btul-btul” ( gaya upin dan ipin)

“Macam tula. Kalau kita nk unite, kita kene ketepikan segala perbezaan. Kalau kita asyik tengok dan cari keburukan dan perbezaan kita dengan kawan-kawan, macam mane kita nak nampak persamaan?”

“maksud abang?”

“Yelah, kalau asyik nk cari kelemahan orang je, kita tak kan nampak kelebihan dia. Kalau asyik nak carik perbezaan antara kita, kita tak akan nampak persamaan antara kita”

“betul la bang”

“memang la betul, tak kan abang tipu kot.”

“haha”

“ bila kita banyak kepala, bererti akan ada banyak idea. Bila banyak idea, baru best nk buat apa-apa. Baru creative sket. Tak delah asyik idea sama je setiap kali. Minda tak berkembang langsung.”

“agak betul di situ. Betul la bang, bila saya asyik dengan geng saya je, lama-lama rasa macam bosan sebab tak da pembaharuan.”

“tak salah kalau ada geng, tak da siapa nak larang. Tapi bukan ke merapatkan ukhuwah tu tuntutan agama? Kalau kita tengok balik hadith nabi yang suruh kita senyum sebagai sedekah tu, pernah tak kita fikir significant dia? Senyum tu sebenarnya salah satu cara termudah untuk merapatkan ukhuwah. Banyak lagi hadith dan ayat quran cakap bende yang sama.”

“……..”

“ firman Allah dalam surah Al-Hujurat ;10. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

“ Jadi bang, what if dia tu sedara seaqidah kita?”

“ ada sebuah hadith yang marfumnya ; tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. Hadith riwayat bukhari dan muslim. Maksudnya kat sini, kalau saudara kita rasa kene pukul, kita akan rasa sakit sekali, kalau kita nak straight a’s kita nak saudara kita dapat straight a’s sekali, kalau kita rasa lapar, nk makan, kita akan fikir, saudara kita lapar x?saudara kita nak makan tak? Ini satu tuntutan agama.pernah kita terfikir tak?”

“tapi bang, kalau ada seorang tu yang kami memang tak suka dia bang. Nak buat macam mane pulak?”

“laa.. kenapa sampai macam tu sekali, apa salah dia?”

“ntahla bang, dia macam sombong la bang.”

“itu dah sifat dia. Cuba tegur dia cara baik. Kita ni kan orang Islam, kita patut jadi macam air, kalau ada batu yang menghalang kita mengalir, kita lalu sebelah dan atas batu tu. Jangan jadikan penghalang tu sebab kita terhenti. Creative la sket. Carik cara yang paling sesuai dengan jiwa dia untuk tegur dia.cuba untuk fahami jiwa dia. Cuba untuk jadi kawan dia. Find your common ground.”

“ eh bang, saya mintak diri dulu bang, ada kelas pulak lepas ni. Assalamualaikum bang.”

“ok ok. Cepat cepat pergi kelas, jangan lambat. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Waalaikummussalam.”

**********

“ wahai saudara KMB, exam semakin menghampiri, study bila lagi?”

BUDAYA VS AGAMA


Baru baru ni, baru saja 3-4 hari lepas, telah berlangsung program The Melting Pot dan terdapat satu-dua persoalan dasar yang dapat kita halusi sepanjang program ini yang perlu dibicarakan dengan jujur lagi adil di laman blog ini.
Ia ialah mengenai isu AQIDAH yang timbul di penghujung program ini. Walaupun kebanyakan orang lebih cenderung untuk memandang sebelah mata ataupun berasa tenang dan terbuka dalam hal ini, tapi isu ini sememangnya serius dan perlu untuk kita teliti semula.
Isu ini timbul pada slot Cultural Perfomance bila mana beberapa kumpulan telah membuat persembahan kebudayaan. Kebanyakan dari kita menyedari bahawa bila mana diceritakan tentang kebudayaan kaum, maka kebudayaan ini tidak akan lari jauh dari aspek keagamaan kaum itu sendiri. Maka terdapatlah beberapa persembahan yang mempersembahkan kebudayaan kaum tertentu, telah tersilap catur dalam hal ini. Mereka gagal memisahkan unsur budaya dengan unsur-unsur berhala, dewa-dewi, animise, dan lain-lain unsur jahiliyah.
Oleh sebab itu apabila kita melihat apabila sebuah kumpulan ingin mempersembahkan tarian Sumazau , maka mereka melakonkan babak di mana kaum mereka ditimpa bencana kekurangan beras lalu upacara tari menari pon dilakukan untuk memohon bantuan daripada tuhan mengikut kepercayaan agama animisme mereka. Maka sesungguhnya perbuatan ini tergelincir jauh dari landasan aqidah seorang muslim.
Sabda Ar-Rasul : “barangsiapa yang menyerupai/meniru perbuatan sesuatu kaum itu, maka sesungguhnya dia adalah tergolong dalam kalangan mereka itu”
Tidak dilupakan juga, umum mengetahui lagu Ulik Mayang itu secara adatnya dinyanyikan untuk menyeru semangat-semangat (jin-jin) agar datang membantu apabila timbulnya sesuatu masalah atau bencana. Kumpulan yang mempersembahkan mengenai nyanyian ini turut melakonkan adegan di mana apabila tiba-tiba semua penari penari pengsan seolah-olah dirasuk hantu maka lagu ini pun dinyanyikan dan bomoh-bomoh datang untuk merawat penari penari ini.
Dalam kedua –dua tarian ini, hanya satu isu besar yang ingin ditimbulkan iaitu tentang tidak lurusnya aqidah (walaupun cuma berlakon). Insan apabila ditimpa kesusahan, maka tempat yang patut dia curahkan segala masalah dan hajat tidak lain dan tidak bukan hanyalah ALLAH azzawajalla.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

Eloklah jika kita diingatkan kembali bahawa aqidah seseorang itu tidak hanya terbatal melalui kepercayaan yang salah, namun perbuatan yang salah turut akan menarik seseorang itu keluar dari sempadan syirik walaupun perbuatan itu tidak diiringi dengan kepercayaan. Ramai yang akan berhujah, mereka melakukannya tanpa niat untuk menyekutukan ALLAH, namun aqidah muslim yang sejahtera akan menolak segala unsur-unsur yang mempersekutukan tuhannya. Kita sedar perbuatan ini berlanggar dengan aqidah muslim, namun masih ingin meneruskannya dengan alasan bahawa ianya dilakonkan hanya untuk melihatkan keindahan seni dan budaya masyarakat. Walhal kita sedar lagi mengerti ianya sangat bertentangan dengan apa yang kita imani. Perbuatan melakonkan semula aksi-aksi ini mengakibatkan kita seolah olah mengiktiraf kesesatan agama-agama kaum ini.
Firman ALLAH azzawajalla:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Wednesday, November 5, 2008

Dear Beloved MPPs

30 Oktober 2008..

Sengaja jalan-jalan dari asrama menuju ke Koop. Di pertengahan jalan, ketika kususuri lorong ilmu, “Eh! Keputusan undian untuk calon-calon MPP 2008/2010 dah keluar!” Tersinggah mataku sekejap meneliti angka-angka undian bagi setiap calon-calon MPP. Seperti yang diagak, Zubair mendahului takhta MPP dengan jumlah 394 undian. Di bawah adalah senarai keputusan Pilihan Raya Umum KMB 2008.


Nama Bil. Undian

1 ZUBAIR ABDUR RAHIM BIN AHMAD ----------------------------- 394
2 MOHAMAD FARZAN BIN MOHAMAD FADHILLAH ---------------380
3 AKMAL HAYAT BIN JUSOH ---------------------------------------360
4 SITI FATIMAH BT SAZALI ----------------------------------------343
5 NIK MUHAMMAD NAIM BIN NIK GHAZALI ----------------------334
6 NOOR NADHIRAH BT MOHD ZAKARIA ---------------------------330
7 NURUL AIN BT IBRAHIM ----------------------------------------- 329
8 NURUL AIN BT ZAKARIA ----------------------------------------- 329
9 NUR AISYAH BT SHAHROM -------------------------------------- 310
10 ADAM BIN ZUBIR ------------------------------------------------304
11 AIMAN BIN ABU BAKAR ----------------------------------------- 282
12 MOHAMAD FIRDAUS BIN RASLI -------------------------------- 272
13 DAYANA ALYA BT ADANAN SUKRI ----------------------------- 258

14 MOHD HANIS BIN MD FOZI -------------------------------------253
15 AHMAD RIDHUAN BIN MOHAMAD DAUD ---------------------- 239
16 NURFARIDZULANWAR BIN ZOLKAPLI -------------------------206
17 WAN MUHAMMAD AMINUDDIN BIN WAN HUSAIN ------------205
18 AHMAD FAHMI BIN RUZAIDI -----------------------------------189
19 CHRISTOPHER LEE ----------------------------------------------161
20 ARIFF FIRMAN SHAH BIN SAHIBOLLAH -----------------------158
21 MUHAMMAD KHAIRUL NAZRIN BIN KHALIL ------------------143
22 AMARANDAS A/L KALUVAN ------------------------------------128

JUMLAH UNDI YANG DIKIRA = 561
JUMLAH UNDI ROSAK = 86
JUMLAH PELAJAR TIDAK MENGUNDI = 16

PERATUS PELAJAR YANG MENGUNDI = 84.6 %
PERATUS PELAJAR YANG TIDAK MENGUNDI = 2.4 %
PERATUS UNDI ROSAK = 13.3 %

Terlantiknya kalian sebagai wakil para pelajar KMB bermaksud bermulalah taklifan di atas bahu anda semua. Apa yang membezakan diri anda sekarang dengan diri anda sebelum ini adalah perlunya anda kepada pengorbanan bagi kepentingan orang lain. Sebagai pemimpin, anda sebenarnya berkhidmat untuk masyarakat atau dikecilkan skop dalam Kolej MARA Banting, berkhidmat untuk para pelajar selagi mana tidak membatasi hukum syara’.

“Sebagai pemimpin, seolah-olah saya meletakkan diri saya di tengah-tengah. Satu langkah untuk ke syurga dan satu langkah lagi untuk ke neraka.”

Begitulah quotes yang pernah kudengari. Jika betul cara memimpin, berlandaskan hukum2 syara’, Insya-Allah mendapat keredhaan Allah. Jika salah, bermaksud tidak meletakkan sesuatu hak pada tempatnya dan tidak menyuruh kepada yang makruf malah membenarkan kemungkaran, ingatlah bahawa azab Allah itu amat pedih.

Sekian dulu entry buat kali ini. Wallahu A’alam. Wassalamualaikum.

Perasmian Blog

Bismillahirrahmanirrahim.

Objektif penubuhan blog:
  • Tempat KMBians menyuarakan pendapat.
  • Pendedahan events di KMB.
  • Reflection bagi setiap perkara yang dibuat.
  • Wadah mengislahkan diri.
  • And also for excitement.
Dengan ini saya dengan rasminya merasmikan blog ini.

Wassalam..