Showing posts with label kmb. Show all posts
Showing posts with label kmb. Show all posts

Sunday, February 21, 2010

asyik meeting jeer..

"sory bang, saya tak dapat datang usrah hari ni, ada meeting"

kat KMB sekarang ni ada satu epidemic; suka sangat meeting. entah apa yang di-meeting-kan. 

untuk para rijal yang bermeeting: 
24:30 katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

tundukkan pandangan ye. eleh. tau. korang suke meeting sebab dapat usya awek kan? apa? tak? kalau tak bagusla. Alhamdullilah. =)

untuk yang suka meeting:
103: 1-3 Demi masa. Sesungguhnya, manusia dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

kalau meeting tu tak penting,tak usah la nak sibukkan diri tu. lepas tu bila tak siap assignments bagi alasan busy. busy-lah-sangat. manfaatkan masa 24 jam yang diberi Allah. buat benda yang berfaedah. 

untuk yang suka meeting kat surau:
31:19 Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkan lah suaramu. Sesungguhnya seburukl-buruk suara ialah suara keldai.

shhhh! sesiapa yang masuk ke rumah Allah, merupakan tetamu Allah. hormat lah tuan rumah. tak sayang Allah ker?

untuk semua yang berada dalam meeting:
61:2-3 Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

kalau dah meeting tu, jangan biar tergantung. capaikan resolusi. yang lagi penting, bertindak atas resolusi tu. jangan cakap kosong jeeeer.

"start with the end in mind"

kalau meeting tu tak bawak manfaat untuk kita mencapai ultimate goal kita - mencapai redha Allah, saranan saya, fikir banyak kali sebelum pergi ye. buang masa jeer tau.

Friday, October 23, 2009

Silibus Usrah Kmb

Salamun Alaikum

Download file bawah ni. Sebar2kan kepada orang lain.
Just for circulation inside Kmb
Untuk dijadikan cadangan / panduan dalam usrah
Especially tahap2 yang perlu ditekankan

Speeding Towards Rabbanic Environment in Kmb
Right click, save target as...
Take time sikit memandangkan Internet di Malaysia tahap kura-kura
Lain la kalau dah sampai UK nanti
Huhhu

Tuesday, October 6, 2009

Skill Bersosial

As Salamu Ala Man Ittaba’a al Huda

Lagi satu isu yang perlu dibincangkan
Untuk dicarikan gerak kerja penyelesaian
+ untuk dipanjang2 / diheboh2kan

“Uisy, sosial giler Y1...”
Yang ni ke”terkejut”an seorang mamat Y2 ketika nak beli burger kat Food Court

“Benda ni dah ramai orang cakap dgn aku.
So, aku nak bagitau kat ko plak in case kalau ko belum perasan lagi
Laki pompuan Y1 ni selamba giler. Sosial sangat.
Xmacam kita dulu. Dulu masa kita Y1, ada gak Y2 tegur.
Lepas tu sejuk sikit.”
Sembang encik MPP sorang ni.

Masalah Ikhtilat
Laki n Perempuan dh macam adik beradik kat Kmb ni
Jalan berdua2an
Duduk dekat2, duduk kongsi 1 kerusi
Couple tanpa segan silu
Rasa macam nak announce kat ramai orang
“Minah yang ni aku punya”
(Aik, dah tercabut rasa malu ker...)

Mungkin berapa orang jer terlibat dalam isu ni
But, a malignant organ begin with a small cancerous cell.

So
Panjang2kan la ke dalam usrah masing2
Sama ada anda naqib mahupun anak usrah
Heboh2kan la dalam coolsem mahupun cool tomb anda
Sembang2kan isu ni dengan sesiapa
Agar ada usaha kita dalam permasalahan ini

Thanx. Semoga keikhlasan n ketaqwaan mendahului.

Monday, August 3, 2009

Babi Tak Akan Disalahkan

Sempena cuti H1N1 baru-baru ini. Jangan jadi seperti babi. Tapi, babi makhluk takde tanggungjawab. Takkan dipersalahkan di akhirat kalau dia yang bersalah dalam penyebaran virus ini. Kita yang akan ditanya amalan satu demi satu. Entah Ok entah x. Terutamanya tentang benda dalam artikel kat bawah ini.
Prolog

Teringat peristiwa dulu².

Subuh di Kmb bukan satu dua saf, bilangannya memang cukup ramai. Budaya mengejut bilik ke bilik memang rancak dijalankan. Azan bergema saja, ketukan pintu pun kedengaran jua.

Wujud skuad subuh. Bahkan meeting sesama mereka turut dijalankan. Kerjasama untuk melakukan kebaikan. Cukup cantik dan bagus, melahirkan budaya kerja yang sistematik. Setiap wing blok telah ada orang yang bertanggungjawab untuk mengejut.

Kmb telah mendapat nafas baru. Revolusi telah bermula. Ramai yang bersyukur. Revolusi subuh @ perubahan mendadak telah berlaku Namun, revolusi tinggal revolusi. Mungkin kita patut mencuba reformasi.

Sekarang, apa yang terjadi agaknya. Dah ada wing yang terlumpuh. Comittee tidak menjalankan tugas, itu komen yang didengari. Lebih kurang 15 minit isi hati dan perasaan pelajar IB ini diluahkannya. Bagaimana untuk memajukan Islam jika Subuh kita tidak dijaga. Mahukan perubahan besar dibawa, namun rohaninya kosong. Nampak mustahil.

Mari bermuhasabah. Setiap kita bertangungjawab. Tiada cara untuk lari, melainkan memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menyebarkan semangat subuh kepada warga KMB. Islamnya kita perlu dibuktikan dengan usaha. Kata-kata perlu dibawa kepada amal perbuatan.

Mari bekerja.

إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودً

Sesungguhnya salat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
[al Isra, 17:78]

Sangat seronok jika dapat beraksi depan manusia. Terasa macam populariti dah meningkat. Harga saham meningkat naik mendadak. Orang akan sebut-sebut dan ingat nama kita. Ke sini sana rasa macam diperhatikan. So, kena control macho. Semakin hari, semakin syok dan bangga diri.

Sekarang, mari beraksi depan malaikat pula. Tapi jangan riya’ pulak =)
Owh, kita kena berhusnu dzan.

Friday, July 10, 2009

Sang Murabbi


Mohammad Sulor bin Tohiron bukanlah nama biasa. Nama ini terkenal dan sering bermain di bibir-bibir setiap warga KMB. Bukanlah seseorang itu layak digelar warga KMB jikalau tidak mengenal nama beliau. Insan mulia ini bukanlah nama baru dalam senarai tenaga kerja di KMB. Akan tetapi, sejak awal penubuhan KMB lagi, beliau telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan suasana Islam sentiasa wujud di KMB. Biarlah pelajar-pelajar KMB berganti setiap tahun, namun Alhamdulillah, dengan sumbangan yang diberikan oleh beliau, biah solehah di KMB dapat dikekalkan walaupun tidak dinafikan akan sentiasa wujud masalah-masalah besar mahupun kecil. Jikalau tidak keterlaluan, mungkin kita dapat simpulkan KMB ini menjadi bumi bertuah dan diberkati Allah dengan peranan yang dimainkan oleh beliau dan sememangnya didokong oleh para pelajar.

Bumi mana tidak ditimpa hujan, begitulah juga insan pendidik ini yang tidak lari dari melakukan kesilapan-kesilapan sepanjang beliau bertugas selayaknya seorang insan itu tidak lari dari sentiasa tersilap dan tersalah haluan. Namun jasa-jasa beliau sepanjang beliau berkhidmat akan sentiasa melebihi kekurangan dan khilafnya. Yang mula ada akhirnya, dan yang datang pasti akan pergi. Itulah fitrah dunia yang kita hanya insan kerdil yang menumpang di bumi Allah ini sama sekali tidak akan dapat melawan suratan itu. Ustaz Sulor bakal bersara dari KMB pada bulan April 2010 dan pengundurannya ini membuat kita berasa risau dan tidak senang duduk. Tambahan pula dengan kehadiran generasi baru yang dikira masih terlalu awal untuk dinilai letak tempatnya. Mungkinkah ada pengganti bagi beliau? Apakah masa depan KMB tanpa kehadiran ustaz sebagai ‘orang kuat’ yang sentiasa bangun berperang dengan pihak pengurusan untuk memastikan perjalanan tarbiyyah di KMB? Apakah beliau ada penggantinya?

Namun sebagai seorang muslim juga, kita optimis mengatakan Islam akan terus hebat. Islam hebat bukanlah kerana keunggulan peribadi mana-mana tokoh dalam sesebuah organisasi. Tetapi ianya kuat kerana organisasi itu sendiri didokong oleh pemuda-pemuda seperti kita. Teruskan perjuangan kita wahai sahabat. Biarlah apa saja halangan; onak dan duri yang sentiasa berada di sepanjang jalan, biarlah kita dibantai dengan hebat hingga mengalir darah-darah , biar tulang-tulang kita dipatah-patahkan, namun atas kefahaman kita yang jelas dan mantap, perjuangan ini akan tetap didokong. Diingatkan lagi, biarlah nilai usaha kita ini yang ditimbang oleh Allah, dan selebihnya kita serahkan kepada Tuhan, pemilik langit dan bumi.

“Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” Al-ahzab:23

Thursday, November 6, 2008

BUDAYA VS AGAMA


Baru baru ni, baru saja 3-4 hari lepas, telah berlangsung program The Melting Pot dan terdapat satu-dua persoalan dasar yang dapat kita halusi sepanjang program ini yang perlu dibicarakan dengan jujur lagi adil di laman blog ini.
Ia ialah mengenai isu AQIDAH yang timbul di penghujung program ini. Walaupun kebanyakan orang lebih cenderung untuk memandang sebelah mata ataupun berasa tenang dan terbuka dalam hal ini, tapi isu ini sememangnya serius dan perlu untuk kita teliti semula.
Isu ini timbul pada slot Cultural Perfomance bila mana beberapa kumpulan telah membuat persembahan kebudayaan. Kebanyakan dari kita menyedari bahawa bila mana diceritakan tentang kebudayaan kaum, maka kebudayaan ini tidak akan lari jauh dari aspek keagamaan kaum itu sendiri. Maka terdapatlah beberapa persembahan yang mempersembahkan kebudayaan kaum tertentu, telah tersilap catur dalam hal ini. Mereka gagal memisahkan unsur budaya dengan unsur-unsur berhala, dewa-dewi, animise, dan lain-lain unsur jahiliyah.
Oleh sebab itu apabila kita melihat apabila sebuah kumpulan ingin mempersembahkan tarian Sumazau , maka mereka melakonkan babak di mana kaum mereka ditimpa bencana kekurangan beras lalu upacara tari menari pon dilakukan untuk memohon bantuan daripada tuhan mengikut kepercayaan agama animisme mereka. Maka sesungguhnya perbuatan ini tergelincir jauh dari landasan aqidah seorang muslim.
Sabda Ar-Rasul : “barangsiapa yang menyerupai/meniru perbuatan sesuatu kaum itu, maka sesungguhnya dia adalah tergolong dalam kalangan mereka itu”
Tidak dilupakan juga, umum mengetahui lagu Ulik Mayang itu secara adatnya dinyanyikan untuk menyeru semangat-semangat (jin-jin) agar datang membantu apabila timbulnya sesuatu masalah atau bencana. Kumpulan yang mempersembahkan mengenai nyanyian ini turut melakonkan adegan di mana apabila tiba-tiba semua penari penari pengsan seolah-olah dirasuk hantu maka lagu ini pun dinyanyikan dan bomoh-bomoh datang untuk merawat penari penari ini.
Dalam kedua –dua tarian ini, hanya satu isu besar yang ingin ditimbulkan iaitu tentang tidak lurusnya aqidah (walaupun cuma berlakon). Insan apabila ditimpa kesusahan, maka tempat yang patut dia curahkan segala masalah dan hajat tidak lain dan tidak bukan hanyalah ALLAH azzawajalla.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

Eloklah jika kita diingatkan kembali bahawa aqidah seseorang itu tidak hanya terbatal melalui kepercayaan yang salah, namun perbuatan yang salah turut akan menarik seseorang itu keluar dari sempadan syirik walaupun perbuatan itu tidak diiringi dengan kepercayaan. Ramai yang akan berhujah, mereka melakukannya tanpa niat untuk menyekutukan ALLAH, namun aqidah muslim yang sejahtera akan menolak segala unsur-unsur yang mempersekutukan tuhannya. Kita sedar perbuatan ini berlanggar dengan aqidah muslim, namun masih ingin meneruskannya dengan alasan bahawa ianya dilakonkan hanya untuk melihatkan keindahan seni dan budaya masyarakat. Walhal kita sedar lagi mengerti ianya sangat bertentangan dengan apa yang kita imani. Perbuatan melakonkan semula aksi-aksi ini mengakibatkan kita seolah olah mengiktiraf kesesatan agama-agama kaum ini.
Firman ALLAH azzawajalla:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Wednesday, November 5, 2008

Dear Beloved MPPs

30 Oktober 2008..

Sengaja jalan-jalan dari asrama menuju ke Koop. Di pertengahan jalan, ketika kususuri lorong ilmu, “Eh! Keputusan undian untuk calon-calon MPP 2008/2010 dah keluar!” Tersinggah mataku sekejap meneliti angka-angka undian bagi setiap calon-calon MPP. Seperti yang diagak, Zubair mendahului takhta MPP dengan jumlah 394 undian. Di bawah adalah senarai keputusan Pilihan Raya Umum KMB 2008.


Nama Bil. Undian

1 ZUBAIR ABDUR RAHIM BIN AHMAD ----------------------------- 394
2 MOHAMAD FARZAN BIN MOHAMAD FADHILLAH ---------------380
3 AKMAL HAYAT BIN JUSOH ---------------------------------------360
4 SITI FATIMAH BT SAZALI ----------------------------------------343
5 NIK MUHAMMAD NAIM BIN NIK GHAZALI ----------------------334
6 NOOR NADHIRAH BT MOHD ZAKARIA ---------------------------330
7 NURUL AIN BT IBRAHIM ----------------------------------------- 329
8 NURUL AIN BT ZAKARIA ----------------------------------------- 329
9 NUR AISYAH BT SHAHROM -------------------------------------- 310
10 ADAM BIN ZUBIR ------------------------------------------------304
11 AIMAN BIN ABU BAKAR ----------------------------------------- 282
12 MOHAMAD FIRDAUS BIN RASLI -------------------------------- 272
13 DAYANA ALYA BT ADANAN SUKRI ----------------------------- 258

14 MOHD HANIS BIN MD FOZI -------------------------------------253
15 AHMAD RIDHUAN BIN MOHAMAD DAUD ---------------------- 239
16 NURFARIDZULANWAR BIN ZOLKAPLI -------------------------206
17 WAN MUHAMMAD AMINUDDIN BIN WAN HUSAIN ------------205
18 AHMAD FAHMI BIN RUZAIDI -----------------------------------189
19 CHRISTOPHER LEE ----------------------------------------------161
20 ARIFF FIRMAN SHAH BIN SAHIBOLLAH -----------------------158
21 MUHAMMAD KHAIRUL NAZRIN BIN KHALIL ------------------143
22 AMARANDAS A/L KALUVAN ------------------------------------128

JUMLAH UNDI YANG DIKIRA = 561
JUMLAH UNDI ROSAK = 86
JUMLAH PELAJAR TIDAK MENGUNDI = 16

PERATUS PELAJAR YANG MENGUNDI = 84.6 %
PERATUS PELAJAR YANG TIDAK MENGUNDI = 2.4 %
PERATUS UNDI ROSAK = 13.3 %

Terlantiknya kalian sebagai wakil para pelajar KMB bermaksud bermulalah taklifan di atas bahu anda semua. Apa yang membezakan diri anda sekarang dengan diri anda sebelum ini adalah perlunya anda kepada pengorbanan bagi kepentingan orang lain. Sebagai pemimpin, anda sebenarnya berkhidmat untuk masyarakat atau dikecilkan skop dalam Kolej MARA Banting, berkhidmat untuk para pelajar selagi mana tidak membatasi hukum syara’.

“Sebagai pemimpin, seolah-olah saya meletakkan diri saya di tengah-tengah. Satu langkah untuk ke syurga dan satu langkah lagi untuk ke neraka.”

Begitulah quotes yang pernah kudengari. Jika betul cara memimpin, berlandaskan hukum2 syara’, Insya-Allah mendapat keredhaan Allah. Jika salah, bermaksud tidak meletakkan sesuatu hak pada tempatnya dan tidak menyuruh kepada yang makruf malah membenarkan kemungkaran, ingatlah bahawa azab Allah itu amat pedih.

Sekian dulu entry buat kali ini. Wallahu A’alam. Wassalamualaikum.