Monday, August 3, 2009

Babi Tak Akan Disalahkan

Sempena cuti H1N1 baru-baru ini. Jangan jadi seperti babi. Tapi, babi makhluk takde tanggungjawab. Takkan dipersalahkan di akhirat kalau dia yang bersalah dalam penyebaran virus ini. Kita yang akan ditanya amalan satu demi satu. Entah Ok entah x. Terutamanya tentang benda dalam artikel kat bawah ini.
Prolog

Teringat peristiwa dulu².

Subuh di Kmb bukan satu dua saf, bilangannya memang cukup ramai. Budaya mengejut bilik ke bilik memang rancak dijalankan. Azan bergema saja, ketukan pintu pun kedengaran jua.

Wujud skuad subuh. Bahkan meeting sesama mereka turut dijalankan. Kerjasama untuk melakukan kebaikan. Cukup cantik dan bagus, melahirkan budaya kerja yang sistematik. Setiap wing blok telah ada orang yang bertanggungjawab untuk mengejut.

Kmb telah mendapat nafas baru. Revolusi telah bermula. Ramai yang bersyukur. Revolusi subuh @ perubahan mendadak telah berlaku Namun, revolusi tinggal revolusi. Mungkin kita patut mencuba reformasi.

Sekarang, apa yang terjadi agaknya. Dah ada wing yang terlumpuh. Comittee tidak menjalankan tugas, itu komen yang didengari. Lebih kurang 15 minit isi hati dan perasaan pelajar IB ini diluahkannya. Bagaimana untuk memajukan Islam jika Subuh kita tidak dijaga. Mahukan perubahan besar dibawa, namun rohaninya kosong. Nampak mustahil.

Mari bermuhasabah. Setiap kita bertangungjawab. Tiada cara untuk lari, melainkan memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menyebarkan semangat subuh kepada warga KMB. Islamnya kita perlu dibuktikan dengan usaha. Kata-kata perlu dibawa kepada amal perbuatan.

Mari bekerja.

إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودً

Sesungguhnya salat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
[al Isra, 17:78]

Sangat seronok jika dapat beraksi depan manusia. Terasa macam populariti dah meningkat. Harga saham meningkat naik mendadak. Orang akan sebut-sebut dan ingat nama kita. Ke sini sana rasa macam diperhatikan. So, kena control macho. Semakin hari, semakin syok dan bangga diri.

Sekarang, mari beraksi depan malaikat pula. Tapi jangan riya’ pulak =)
Owh, kita kena berhusnu dzan.

4 comments:

Anonymous said...

btol2..
npe dlu ramai je subuh.. tp skang 2 saf pown x smpai..
somethg wrong here..
bdk2 kmb x ckp mkn ke?
atau mgkn
kesedaran xde

hurm
xpe2.. blok A insyaAllah ak usahakan..

saya_lemah said...

alhamdullilah.
tempiaskan kat blok2 lain jugak ;)

fahmi zx said...

bukan salah babi...
nice one

jom terjah subuh ek
ramai2
insyaallah

Revolusi Baru said...

Bagus!
Tiada riak d hati tiada benci di sisi.

Mampukah budaya kejut subuh diteruskan selepas lumpuh jatuh??

Ingatan sentiasa perlu diberi, tiada kekuatan melainkan kasih sayng persaudaraan. Tiada keutamaan, melainkan ingatan ketulusan.

Ayuh bangkit!

Subuh usah diterjah, usah disergah, usah dikerah, tapi ayuh kelembutan, pintu perlu dibuka dipegang tangan, dihenjak-henjak badan, "shabat, bangun subuh udah berkumandang, ayuh kita segera, Allah menanti kita di sana.."

Usah kerakusan, jauhilah, "Tuk3!!!!! Subuh#!!!!" (Ah, lepas tanggungjawab aku nasib korang lah)
Ini bukan keikhlasan, ini keterpaksaaan..Fikir2lah