Sunday, January 4, 2009

mengapa Palestin


satu_______________________________________________________________________________________

Makkah diserang, Madinah ditawan. Tiada siapa yang boleh mengunjunginya lagi. Masjid-masjid di sekitarnya dibakar, rumah-rumah dan bangunan-bangunan diroboh, kawasan pertanian di racun, bekalan air, bahan api disekat, stesen janakuasa diarah berhenti.

bila mana kuasa elektrik terputus, maka Makkah bergelap. Kilang-kilang dan pejabat-pejabat berhenti beroperasi, bahkan hospital turut sama lumpuh. Saban hari manusia mati. Bayi-bayi yang lahir tidak cukup bulan meninggal kerana tiada incubator, yang sesak nafas dan asma meninggal kerana mesin respiratori tidak berfungsi, pesakit kanser meninggal kerana tidak boleh menjalani rawatan kemoterapi, bahkan satu persatu pesakit gugur kerana bekalan ubat yang kehabisan.

Makkah kiblat ummat Islam, di sana terletaknya kaabah dan Masjidil Haram. Adakah ummat ini telah mati atau lumpuh bilamana Muslim seluruh dunia hanya mampu melihat dan berdemo. Adakah mereka menunjukkan perasaan marah mereka di kaca tv, segalanya akan berubah?

Maaf, salah menaip. Ianya bukan Makkah, tetapi Palestin. Kiblat pertama ummat Islam, bumi Isra’ Mikraj dan medan dakwah para Nabi. Disitulah juga terletaknya Masjid Al-Aqsa.





dua_______________________________________________________________________________________

Manusia biasa yang tidak beriman kepada Allah pun melihat isu ini dengan fitrah kemanusiaan. Mereka berasa belas dan kasihan terhadap rakyat palestin yang tertindas. Sekiranya kita berasa terikat dari segi ukhuwwah dan aqidah islamiyyah, setidak tidaknya kita melihatnya atas dasar-dasar yang lain. Hari ini manusia sibuk berkempen tentang binatang-binatang dan  para vegeterian menahan diri mereka memakan binatang sedangkan dalam masa yang sama, daging manusia diratah setiap hari di palestin dan seluruh dunia.

 

Hari ini ummat Islam seolah-olah diejek dan dicabar oleh Zionis Israel dan sekutumya. Saban hari kita melihat aksi kekejaman mereka di kaca tv dan setiap hari juga kita melihat mayat-mayat yang diusung di Palestin namun saban hari jugalah kita cuma duduk berdiam diri dan tidak mampu melakukan apa-apa. Dengan nisbah 1:3000 antara kita ummat Islam seluruh dunia dengan zionis di Israel sebenarnya bilangan ini langsong tidak menggentarkan zionis kerana kita sudah ditransformasi menjadi golongan yang sehina buih-buih selepas banjir. Banyak dan tidak terkira, namun tiada nilai dan harga.

 

 

         “sesungguhnya inilah ummat kamu semua, Ummat yang satu dan sesungguhnya akulah Tuhan kamu semua maka sembahlah aku”

(Al-Anbiya’ 92)

 


tiga____________________________________________________________________________

Bila berbicara tentang isu ini, persoalan ini tidak lari dari dua aspek. Yang pertama. Ianya isu kekitaan antara sesama individu yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Maka terdapat banyaknya dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ummat Islam ini ialah ummat yang satu, setiap mereka adalah sebahagian yang lain. Barangsiapa yang gagal menunjukkan semangat kesatuan ini boleh dipertikaikan tahap keimanannya. Jika ummat Islam di Malaysia, ataupun di KMB gagal menunjukkan kepedulian dalam hal ini, maka keimanannya boleh dipersoal. Kepedulian kita terhadap sesama muslim merupakan ajaran agama sebagaimana solat, puasa, zakat merupakan tuntutan agama. Jadi janganlah kita termasuk dalam golongan yang mengambil sebahagian agama yang dirasakan sesuai dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Jika mengikut hadis Nabi, ummat Islam umpama sebatang tubuh yang bilamana satu anggota terasa sakit maka sakitlah seluruh anggota badannya dan tidak mampu tidur malam. Bila hujung jari tercucuk duri ataupun sebatang gigi terasa sakit maka kita merasa resah dan tergolek-golek di atas katil pada waktu malam. Tetapi pada hari ini, bukan setakat secebis duri, bahkan jari-jemari kita dikerat satu persatu oleh zionis dan gigi kita diumpil keluar sehingga hanya tinggal beberapa batang saja, namun kita masih diam membisu dan tidak berasa apa-apa. Kita tidak berasa terancam bahkan berasa aman dan damai di negara sendiri walaupun hakikatnya batang tubuh kita diperkosa sesuka hati dan hanya menanti hari untuk lumpuh dan luluh.

Hakikatnya ummat Islam hari ini telah dibius oleh ubat pelali bernama semangat semangat negara bangsa berjenama Zionis dan sekutunya. Setiap mudarat dan manfaat hanya ditimbang dalam lingkungan negara dan bangsa masing-masing. Bangsa dan negara lain dianggap makhluk asing yang tiada kena mengena dengan hidup mereka.

 


empat______________________________________________________________

Ummat Islam hanya akan bersatu di bawah naungan aqidah yang sama. Tiada agen penyatuan lain yang mampu menghubungkan setiap jiwa-jiwa Muslim di seluruh dunia melainkan kalimah Syahadah. Hari ini ramai yang membebel tentang kesatuan ummat sedangkan pegama agama meresa sangat lemah. Agama disesuaikan mengikut cita rasa sendiri.

Kita percaya dan yakin bahawa isu Palestin merupakan isu keseluruhan ummat Islam kerana sebagaimana Kaabah merupakan kiblat dan maruah ummat Islam, begitu juga kedudukan Al-Aqsa yang merupakan `senior’ Kaabah dan `junior’ Masjidil Haram dan perlu diperjuangkan sebagaimana kita akan berjuang jika Kaabah diceroboh. Bumi suci Isra’ Mi’raj ini telah dimuliakan Ar-Rasul Muhammad dalam hadisnya :

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

Sangat melesat sangkaan orang yang menyangka isu palestin ini isu yang asing. Sangat jahil mereka yang beranggapan Malaysialah segala-galanya. Sangat buruk percakapan orang yang mengatakan mereka yang memperjuangkan isu ini melupakan tanah air sendiri.

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi”

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmidzi)




6 comments:

kmbian said...

ni blog spe ni?mpp? ke blog gncc aka sayap palestin+an-nida'?ke dan lain2?

saya_lemah said...

salam kmbian.
cukuplah kami sebagai kmbian juga, yang sedar dan peduli. ;)

tomato_man said...

grup sape tah.
men tulih je

Sestra-hk said...

The Prophet (peace and blessings be upon him) said: "Nations are about to scheme against you in the same way as greedy eaters vie with one another on the dining-table.' One of the companions (may Allah be pleased with them all) asked: 'O Messenger of Allah! Will that relate to being few in numbers?' The Prophet said: 'No, but your huge number will be of little effectiveness, and (Allah) will cast Al-Wahan in your hearts.' They said: O Messenger of Allah, what does Al-Wahan mean? He said, 'Your hearts are strongly attached to life luxuries and you feel strong aversion to death." (Reported by Ahmad and Abu-Dawud)

khAzInAtUL AsrAr said...

salam..

Nak entri baru..

Yard said...

"Apabila umat islam mengaggung2kan dunia,kehebatan islam akan tercabut,keberkatan wahyu akan diangkat...."
Wallahu'alm ni hadis atau kata2 ulamak.
x silap nie hadis.
org da x tkt islam ..sbb umat nie da kagum dgn bnde dunia.
nk duit
nk harta
nk rumah besar..
nk ...suma dunia
mmg x slh..
tp jgn la msk dlm hati
ble da msk..nnt ada satu penyakit..nme dia wahn
cinta pd dunia..tkt pd mati..