Friday, July 10, 2009

Sang Murabbi


Mohammad Sulor bin Tohiron bukanlah nama biasa. Nama ini terkenal dan sering bermain di bibir-bibir setiap warga KMB. Bukanlah seseorang itu layak digelar warga KMB jikalau tidak mengenal nama beliau. Insan mulia ini bukanlah nama baru dalam senarai tenaga kerja di KMB. Akan tetapi, sejak awal penubuhan KMB lagi, beliau telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan suasana Islam sentiasa wujud di KMB. Biarlah pelajar-pelajar KMB berganti setiap tahun, namun Alhamdulillah, dengan sumbangan yang diberikan oleh beliau, biah solehah di KMB dapat dikekalkan walaupun tidak dinafikan akan sentiasa wujud masalah-masalah besar mahupun kecil. Jikalau tidak keterlaluan, mungkin kita dapat simpulkan KMB ini menjadi bumi bertuah dan diberkati Allah dengan peranan yang dimainkan oleh beliau dan sememangnya didokong oleh para pelajar.

Bumi mana tidak ditimpa hujan, begitulah juga insan pendidik ini yang tidak lari dari melakukan kesilapan-kesilapan sepanjang beliau bertugas selayaknya seorang insan itu tidak lari dari sentiasa tersilap dan tersalah haluan. Namun jasa-jasa beliau sepanjang beliau berkhidmat akan sentiasa melebihi kekurangan dan khilafnya. Yang mula ada akhirnya, dan yang datang pasti akan pergi. Itulah fitrah dunia yang kita hanya insan kerdil yang menumpang di bumi Allah ini sama sekali tidak akan dapat melawan suratan itu. Ustaz Sulor bakal bersara dari KMB pada bulan April 2010 dan pengundurannya ini membuat kita berasa risau dan tidak senang duduk. Tambahan pula dengan kehadiran generasi baru yang dikira masih terlalu awal untuk dinilai letak tempatnya. Mungkinkah ada pengganti bagi beliau? Apakah masa depan KMB tanpa kehadiran ustaz sebagai ‘orang kuat’ yang sentiasa bangun berperang dengan pihak pengurusan untuk memastikan perjalanan tarbiyyah di KMB? Apakah beliau ada penggantinya?

Namun sebagai seorang muslim juga, kita optimis mengatakan Islam akan terus hebat. Islam hebat bukanlah kerana keunggulan peribadi mana-mana tokoh dalam sesebuah organisasi. Tetapi ianya kuat kerana organisasi itu sendiri didokong oleh pemuda-pemuda seperti kita. Teruskan perjuangan kita wahai sahabat. Biarlah apa saja halangan; onak dan duri yang sentiasa berada di sepanjang jalan, biarlah kita dibantai dengan hebat hingga mengalir darah-darah , biar tulang-tulang kita dipatah-patahkan, namun atas kefahaman kita yang jelas dan mantap, perjuangan ini akan tetap didokong. Diingatkan lagi, biarlah nilai usaha kita ini yang ditimbang oleh Allah, dan selebihnya kita serahkan kepada Tuhan, pemilik langit dan bumi.

“Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” Al-ahzab:23

4 comments:

Amin Rukaini Mustafa said...

Semoga mereka dalam kalangan orang-orang yang soleh kelak..

m z e r o e i g h t d. said...

amin...sila2 la ziarah di blog kami..

khAzInAtUL AsrAr said...

salam ziarah..

Walau kadang-kadang kami suke-suki mengelakkan gelagat ustaz yang macam2 tu, namun jauh di sudut hati kami,ustaz punya tempat yang tersendiri dalm memoir dakwah ini..mOga dengan ada dan tiadanya dia disini, kita masih terus berjuang kerana diyakini dia tidak akan pernah berhenti menyokong..Mungkin pergalaman, usaha dan kesungguhannya punya nilai tersendiri nanti..

teringat perbualan kami dengannya ketika diberitahu berita persaraanya:

"ustaz, sape nak jaga kami lagi lepas ni?"

Selamba dia menjawab:
"Patah Tumbuh hilang berganti.."

~hakikatnya, yang tumbuh dan yang mengganti pasti takkan sama~

khAzInAtUL AsrAr said...
This comment has been removed by the author.