Aku mencari-cari punca kenapa semangat Palestin ini seolah bermusim. Sekejap ada sekejap takde. Sekejap kuat sekejap lemah. Sekejap semangat, sekejap buat tak kisah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku naik hairan dan takjub juga tengok sahabat-sahabat kaki bola. Mereka mengikut perkembangan pasukan bola sepak kegemaran mereka tanpa ada satu berita pun yang terlepas. Bukan setakat keputusan perlawanan, malah semua latar belakang pemain , keluar masuk pemain, bahkan setiap kejadian yang berkaitan dengan kelab kegilaan mereka, semua mereka tahu. Semangat mereka untuk bercerita, MENYAMPAIKAN berita itu kepada rakan-rakan sangat hebat dan mengkagumkan. Ianya sekuat semangat mereka bangun di tengah-tengah malam saat insan lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Baju-baju, aksesori-aksesori mereka tidak lari dari menonjolkan lambang-lambang pasukan mereka. Geng ARSENAL tegar MEMBELA dan MEMPERTAHANKAN pasukan mereka bila berlawan cakap dengan geng LIVERPOOL walaupun pada hakikatnya mereka tidak dibayar satu sen pun oleh Arsene Wenger. SEMANGAT mereka berkekalan. TAK PERNAH luntur pun. Meskipun pasukan mereka di pihak yang kalah. Ianya OBSESI yang luar biasa.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku juga bingung dan tersentuh bila tengok kawan-kawan yang kaki movie dan drama. Nama-nama pelakon, tajuk lagu, tajuk filem dan drama, semua mereka hafal. Skrip-skrip dan adegan-adegan yang menarik, menyayat hati pun mereka berupaya untuk lakonkan semula. Drama-drama mereka ulang tayang berpuluh-puluh kali tanpa rasa JEMU dan yang paling menakjubkan air mata mereka begitu murah bercucuran ataupun setidak tidaknya dada akan berasa sebak melihat perpisahan antara dua insan ataupun kegagalan dalam percintaan. Mereka benci dan jijik terhadap kejahatan watak-watak antagonis dalam drama-drama Indonesia. PERASAAN dan EMOSI mereka sangat KONSISTEN.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku tengok juga kepada peminat anime. Mereka tak sabar-sabar menanti perkembangan komik-komik yang mereka ikuti. Setiap perkara yang terjadi dalam komik tersebut mereka hayati. Apa saja dirasai dan terjadi kepada watak kegemaran mereka. Bilamana Kakashi dalam komik Naruto wafat, maka kesannya terasa kepada pembaca. Seolah-olah watak-watak itu hidup dan berlegar-legar dalam kehidupan seharian mereka.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Apakah keistimewaan semua ini berbanding PALESTIN ?
Isu Palestin isu yang sepatutnya mendarah daging dalam jiwa setiap yang bergelar MUSLIM. Malangnya kita gagal mengetahui dan mendalami permasalahan ini. Kita tidak tahu nama pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang, dan para syuhada Palestin walaupun mereka inilah yang sepatutnya menjadi HERO kita. Bukan seorang pemain bola, bukan juga seorang pelakon dan tentu sekali bukan watak di dalam komik. Tapi HERO kita ialah rijal-rijal yang mengalirkan darah dan air mata mereka kerana berjuang untuk meninggikan kalimah TAUHID.
Entah dimana hilang titisan air mata dan perasaan sebak bila saban hari berpuluh-puluh ibu terpisah dari anaknya, isteri terpisah dari suaminya, dan adik terpisah dengan abangnya. Dan perpisahan ini ialah untuk selama-lamanya dan sama sekali bukan lakonan di layar tv. Di mana rasa benci , jijik dan mual yang timbul bila menonton drama Indonesia apabila kita berhadapan dengan isu palestin. Kekejaman dan keganasan yang mereka lakukan tiada batas dan di luar batas kemanusiaan. Tapi kita cuma berdiam diri dan tidak ambil pusing. Hilang segala emosi dan perasaan.
Yang terakhir sekali, adakah cukup dengan cuma mengetahui tentang permasalahan PALESTIN dan umat ISLAM tanpa berbuat apa apa. Tiada asimilasi dalam kehidupan, tiada tindakan, tiada apa apa.
Maka jadilah kita seperti buih-buih di lautan sepertimana yang disebut dalam Hadis Ar-Rasul.
Dimanakah??
SEMANGAT DAN OBSESI
MEMPERTAHANKAN DAN MEMBELA
TIDAK JEMU DAN PUTUS ASA
PERASAAN DAN EMOSI YANG MELUAP LUAP
PENGHAYATAN DALAM HIDUP
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!