Sunday, February 21, 2010

asyik meeting jeer..

"sory bang, saya tak dapat datang usrah hari ni, ada meeting"

kat KMB sekarang ni ada satu epidemic; suka sangat meeting. entah apa yang di-meeting-kan. 

untuk para rijal yang bermeeting: 
24:30 katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

tundukkan pandangan ye. eleh. tau. korang suke meeting sebab dapat usya awek kan? apa? tak? kalau tak bagusla. Alhamdullilah. =)

untuk yang suka meeting:
103: 1-3 Demi masa. Sesungguhnya, manusia dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

kalau meeting tu tak penting,tak usah la nak sibukkan diri tu. lepas tu bila tak siap assignments bagi alasan busy. busy-lah-sangat. manfaatkan masa 24 jam yang diberi Allah. buat benda yang berfaedah. 

untuk yang suka meeting kat surau:
31:19 Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkan lah suaramu. Sesungguhnya seburukl-buruk suara ialah suara keldai.

shhhh! sesiapa yang masuk ke rumah Allah, merupakan tetamu Allah. hormat lah tuan rumah. tak sayang Allah ker?

untuk semua yang berada dalam meeting:
61:2-3 Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

kalau dah meeting tu, jangan biar tergantung. capaikan resolusi. yang lagi penting, bertindak atas resolusi tu. jangan cakap kosong jeeeer.

"start with the end in mind"

kalau meeting tu tak bawak manfaat untuk kita mencapai ultimate goal kita - mencapai redha Allah, saranan saya, fikir banyak kali sebelum pergi ye. buang masa jeer tau.

Friday, October 23, 2009

Silibus Usrah Kmb

Salamun Alaikum

Download file bawah ni. Sebar2kan kepada orang lain.
Just for circulation inside Kmb
Untuk dijadikan cadangan / panduan dalam usrah
Especially tahap2 yang perlu ditekankan

Speeding Towards Rabbanic Environment in Kmb
Right click, save target as...
Take time sikit memandangkan Internet di Malaysia tahap kura-kura
Lain la kalau dah sampai UK nanti
Huhhu

Tuesday, October 6, 2009

Skill Bersosial

As Salamu Ala Man Ittaba’a al Huda

Lagi satu isu yang perlu dibincangkan
Untuk dicarikan gerak kerja penyelesaian
+ untuk dipanjang2 / diheboh2kan

“Uisy, sosial giler Y1...”
Yang ni ke”terkejut”an seorang mamat Y2 ketika nak beli burger kat Food Court

“Benda ni dah ramai orang cakap dgn aku.
So, aku nak bagitau kat ko plak in case kalau ko belum perasan lagi
Laki pompuan Y1 ni selamba giler. Sosial sangat.
Xmacam kita dulu. Dulu masa kita Y1, ada gak Y2 tegur.
Lepas tu sejuk sikit.”
Sembang encik MPP sorang ni.

Masalah Ikhtilat
Laki n Perempuan dh macam adik beradik kat Kmb ni
Jalan berdua2an
Duduk dekat2, duduk kongsi 1 kerusi
Couple tanpa segan silu
Rasa macam nak announce kat ramai orang
“Minah yang ni aku punya”
(Aik, dah tercabut rasa malu ker...)

Mungkin berapa orang jer terlibat dalam isu ni
But, a malignant organ begin with a small cancerous cell.

So
Panjang2kan la ke dalam usrah masing2
Sama ada anda naqib mahupun anak usrah
Heboh2kan la dalam coolsem mahupun cool tomb anda
Sembang2kan isu ni dengan sesiapa
Agar ada usaha kita dalam permasalahan ini

Thanx. Semoga keikhlasan n ketaqwaan mendahului.

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Changed Me

+ kredit kepada Ahmad Khairuddin+

" khinzir lebih aku sayangi daripada Umair bin Wahb!! "

-Saidina Umar Al-Khattab-

Umair b. Wahb merupakan antara kepala-kepala penentang hebat Islam.
Memang sangat dalam kebencian Umar r.a terhadap Umair sehinggakan beliau berani mengatakan sedemikian rupa.

Namun pada suatu ketika, tatkala Umair mendengar kata-kata yang penuh manis daripada Rasulullah saw, beliau lantas memeluk Islam.(cerita diringkaskan sangat-sangat,maaf ya!)


" Umair lebih aku sayangi daripada anak aku sendiri !"


Nah,
Inilah kata-kata Umar Al-Khattab r.a selepas keislaman Umair bin Wahb.
Subhaanallah..


+++++++++++++++++++

Bismillahirahmanirrahim..
Bismika Ya Rahman Ya Rahim Ahya. Dengan Nama Allah swt Ar-Rahman Ar-Rahim, saya hidup.
Dan dengan nama Allah lah saya menulis.


Sungguh, Allah lah yang meniupkan Roh-Nya ke dalam diri saya dan juga saudara semua. Allah lah yang sebenarnya menanamkan seluruh sifat-sifat yang mulia ke dalam hati kita.
Dialah yang menanamkan sifat Adil, sifat sabar, sifat tenang, sejahtera dan sebagainya yang tak terbilang di lubuk hati kita.


Kita gembira menikmati kesejahteraan dan mahukannya berkekalan, hakikatnya kita sedang mencari dan mendekati Yang Maha Sejahtera, As-Salam..
Kita sibuk memperjuangkan keadilan dimana saja, sekecil urusan sekolah mahupun sebesar hal ehwal dunia, hakikatnya kita sedang mendekati Yang Maha Adil, Al-Adl..
Setiap hari kita bangun pagi, bertungkus lumus persiapkan diri menuntut ilmu di sekolah mahupun Universiti. Hakikatnya bukan itu yang dicari. Yang dicari adalah Al-'Alim, Yang Maha Mengetahui..
Kita suka melihat sahabat-sahabat kita yang mulia. Dan ternyata semua manusia cintakan kemuliaan. Itulah Dia Al-Karim Yang Maha Mulia yang manusia tercari-cari selama ini.

Maka sesungguhnya apa yang kita cari selama ini adalah Allah S.W.T. Inilah Visi utama hidup kita.


+++++++++++++++++++

Alhamdulillah.
Kita sangat beruntung kerana sekali lagi dapat merasai nikmat Bulan Ramadhan yang teramat mulia
Sengaja saya kongsikan kisah Umar r.a dan Umair r.a tadi untuk memberi dorongan kepada kita semua khususnya saya sendiri untuk lebih semangatbekerja memperbaiki diri dan orang lain. Memang rugilah kalau bulan ramadhan kali ini berlalu macam tahun lepas, tak ada peningkatan.

*****
Melihat diri yang asyik bergelumang dengan perkara lagha dan dosa, selalu saja kita terus down kerana merasakan sudah tiada harapan untuk menjadi insan hebat seperti para sahabat, mahupun tokoh-tokoh pejuang Islam yang lain seperti Hasan Al-Banna, Hasan Hudhaibi dan Al-Qardhowi. Tak pun menjadi seperti sahabat terdekat kita yang mantap lagi dihormati.

Kita lupa ada sahabat Rasulullah saw jauh lebih dahsyat daripada kita sebelum masuk Islam, tetapi selepas keislaman mereka, title "RADHIALLAHU 'ANHU"mereka dapat !
Kita tersilau dengan dosa-dosa dan kesilapan yang kita lakukan sampaikan tak nampak ruang penyelesaian. di manakah Al-'Aziz Al-Fattah Al-'Afuw waktu itu??

*****
Melihat masyarakat ataupun sahabat yang masih tak berubah setelah lama dinasihat, kita asyik melenting, marah mahupun berputus asa.
Kita terlupa yang Yang Maha Memberi Hidayah itu Adalah Allah, Al-Hadiy. Bukannya kita!

~~~~~~~~~
Alhamdulillah.
Kita amat beruntung kerana diberi peluang lagi hidup di Bulan yang sungguh mulia ini untuk terus memperbaiki diri dan juga orang lain sementara ramai lagi yang tak sempat merasai Ramadhan kali ini seperti saudara kita Al-munsyid, Ustaz Asri.(sedekahkan al-fatihah untuknya, sudah?)

RAMADHAN KAREEM !

Selamat beramal sepuas-puasnya!


*p/s : banyak lagi pengajaran yang kita boleh lombong dari kisah Umar & Umair r.a tu..:)

Monday, August 24, 2009

Kartika... Apakah?

Ogos 24, 09 3:34pm

Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan, demikian dinyatakan di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara bagi menangguhkan sementara hukuman sebat itu.

"Hukuman (sebat) bagaimanapun kekal, dia akan menjalani hukuman selepas bulan Ramadhan," katanya di Kuantan hari ini. - Malaysiakini

Sementara nak tunggu artikel lain masuk:
  1. Entah berapa ramai je yang tahu tentang kes Kartika ni. Model yang rela dirinya dihukum sebat kerana kantoi minum arak waktu serbuan di kelab malam.
  2. Banyak tanda soal dalam kes ni yang sama-sama kita kaji untuk berkongsi pendapat dan cerita. Dengarnya, ini hukuman pertama akan dijalankan di Malaysia.
Contoh:
Hukuman xboleh dibuat waktu Ramadan ker?
Cara hukuman sebat ni ikut syariat ker?
Adakah ini akan memberikan persepi baik / buruk kepada Islam di Malaysia?
dll

Minimum, tau la cerita-cerita pasal Islam kat Malaysia ni.

The key is reading.

Monday, August 3, 2009

Babi Tak Akan Disalahkan

Sempena cuti H1N1 baru-baru ini. Jangan jadi seperti babi. Tapi, babi makhluk takde tanggungjawab. Takkan dipersalahkan di akhirat kalau dia yang bersalah dalam penyebaran virus ini. Kita yang akan ditanya amalan satu demi satu. Entah Ok entah x. Terutamanya tentang benda dalam artikel kat bawah ini.
Prolog

Teringat peristiwa dulu².

Subuh di Kmb bukan satu dua saf, bilangannya memang cukup ramai. Budaya mengejut bilik ke bilik memang rancak dijalankan. Azan bergema saja, ketukan pintu pun kedengaran jua.

Wujud skuad subuh. Bahkan meeting sesama mereka turut dijalankan. Kerjasama untuk melakukan kebaikan. Cukup cantik dan bagus, melahirkan budaya kerja yang sistematik. Setiap wing blok telah ada orang yang bertanggungjawab untuk mengejut.

Kmb telah mendapat nafas baru. Revolusi telah bermula. Ramai yang bersyukur. Revolusi subuh @ perubahan mendadak telah berlaku Namun, revolusi tinggal revolusi. Mungkin kita patut mencuba reformasi.

Sekarang, apa yang terjadi agaknya. Dah ada wing yang terlumpuh. Comittee tidak menjalankan tugas, itu komen yang didengari. Lebih kurang 15 minit isi hati dan perasaan pelajar IB ini diluahkannya. Bagaimana untuk memajukan Islam jika Subuh kita tidak dijaga. Mahukan perubahan besar dibawa, namun rohaninya kosong. Nampak mustahil.

Mari bermuhasabah. Setiap kita bertangungjawab. Tiada cara untuk lari, melainkan memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menyebarkan semangat subuh kepada warga KMB. Islamnya kita perlu dibuktikan dengan usaha. Kata-kata perlu dibawa kepada amal perbuatan.

Mari bekerja.

إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودً

Sesungguhnya salat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
[al Isra, 17:78]

Sangat seronok jika dapat beraksi depan manusia. Terasa macam populariti dah meningkat. Harga saham meningkat naik mendadak. Orang akan sebut-sebut dan ingat nama kita. Ke sini sana rasa macam diperhatikan. So, kena control macho. Semakin hari, semakin syok dan bangga diri.

Sekarang, mari beraksi depan malaikat pula. Tapi jangan riya’ pulak =)
Owh, kita kena berhusnu dzan.

Friday, July 10, 2009

Sang Murabbi


Mohammad Sulor bin Tohiron bukanlah nama biasa. Nama ini terkenal dan sering bermain di bibir-bibir setiap warga KMB. Bukanlah seseorang itu layak digelar warga KMB jikalau tidak mengenal nama beliau. Insan mulia ini bukanlah nama baru dalam senarai tenaga kerja di KMB. Akan tetapi, sejak awal penubuhan KMB lagi, beliau telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan suasana Islam sentiasa wujud di KMB. Biarlah pelajar-pelajar KMB berganti setiap tahun, namun Alhamdulillah, dengan sumbangan yang diberikan oleh beliau, biah solehah di KMB dapat dikekalkan walaupun tidak dinafikan akan sentiasa wujud masalah-masalah besar mahupun kecil. Jikalau tidak keterlaluan, mungkin kita dapat simpulkan KMB ini menjadi bumi bertuah dan diberkati Allah dengan peranan yang dimainkan oleh beliau dan sememangnya didokong oleh para pelajar.

Bumi mana tidak ditimpa hujan, begitulah juga insan pendidik ini yang tidak lari dari melakukan kesilapan-kesilapan sepanjang beliau bertugas selayaknya seorang insan itu tidak lari dari sentiasa tersilap dan tersalah haluan. Namun jasa-jasa beliau sepanjang beliau berkhidmat akan sentiasa melebihi kekurangan dan khilafnya. Yang mula ada akhirnya, dan yang datang pasti akan pergi. Itulah fitrah dunia yang kita hanya insan kerdil yang menumpang di bumi Allah ini sama sekali tidak akan dapat melawan suratan itu. Ustaz Sulor bakal bersara dari KMB pada bulan April 2010 dan pengundurannya ini membuat kita berasa risau dan tidak senang duduk. Tambahan pula dengan kehadiran generasi baru yang dikira masih terlalu awal untuk dinilai letak tempatnya. Mungkinkah ada pengganti bagi beliau? Apakah masa depan KMB tanpa kehadiran ustaz sebagai ‘orang kuat’ yang sentiasa bangun berperang dengan pihak pengurusan untuk memastikan perjalanan tarbiyyah di KMB? Apakah beliau ada penggantinya?

Namun sebagai seorang muslim juga, kita optimis mengatakan Islam akan terus hebat. Islam hebat bukanlah kerana keunggulan peribadi mana-mana tokoh dalam sesebuah organisasi. Tetapi ianya kuat kerana organisasi itu sendiri didokong oleh pemuda-pemuda seperti kita. Teruskan perjuangan kita wahai sahabat. Biarlah apa saja halangan; onak dan duri yang sentiasa berada di sepanjang jalan, biarlah kita dibantai dengan hebat hingga mengalir darah-darah , biar tulang-tulang kita dipatah-patahkan, namun atas kefahaman kita yang jelas dan mantap, perjuangan ini akan tetap didokong. Diingatkan lagi, biarlah nilai usaha kita ini yang ditimbang oleh Allah, dan selebihnya kita serahkan kepada Tuhan, pemilik langit dan bumi.

“Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” Al-ahzab:23

Wednesday, June 24, 2009

pukul 4 pagi...

pukul empat pagi...
aku tengah siapkn latihan handbook chem.
sedar x sedar dah 5 jam lebih aku berjaga.
entah kenapa,
aku rasa segar sangat.
aku layan blog org.
tp aku masih x bole tido


pukul lima pagi...
sinopsis ranjau tinggal separuh lagi.
mmg x sangka betul
sedang layan nasyid,
tetiba pulak ujan
lebat, sejuk dan menyegarkan
aku bersyukur ke hadrat ilahi
dan dengan tiba2...

aku tergerak nak buat qiam
aku pun terus balik bilik
roomet aku tgh tido kenyenyakan
aku sahur skit
dan terus ke surau


kat surau...
x de sape pun
aku pun terus ambik wudhu'
terus solat tahajjud
satu solat je
pastu aku terus tetido

lima setengah...
aku bangun dari tidoku
terlihat perempuan???
hantu?
bknlah.
cume jemaah muslimat yg sampai ke surau

pelik giler nape aku citer bende ni
tp aku nak bagitau
yg aku mmg ada niat nak qiam
lama dulu
mlm tu baru dikabulkn
mlm 24 haribln
tanggal 1 rejab


moralnye
andai kata kita berazam
Allah pasti akan makbulkn
andai kata kita berdoa
Allah pasti akan makbulkn
kerna Dia tuhan kita
dan kita hambanya

Sunday, June 7, 2009

baru kejap tadi...

...aku takut nak angkat muka masa kat KL tadi..

banyak sangat maksiat disana sini

apa nak jadi?

cerminlah diri.

Wednesday, May 27, 2009

mungkin semalam, tapi bukan hari ni....

di ambang kesibukan assignments yang menggunung ni ( EE, TOK, IA, World Lit, CAS, HA, Correction Math,etc), terimbau kembali zaman di sekolah dulu......

  1. tak ada cas
  2. tak ada ee
  3. tak ada ia
  4. tak ada tok
  5. tak ada world lit
  6. tak banyak kerunsingan
  7. banyak masa lapang
  8. tak perlu runsing tentang da'wah
  9. tak pernah nak fikir tentang ummah ( ignorance is bliss)(best woo)
  10. tak pernah tahu tentang IB
IB, kau...
  • merubah segalanya
  • sehingga aku tiada masa lapang
  • membuatkan pencapaian spm ku yang cemerlang tu tak membawa erti apa-apa sekarang ni.
  • menjadikan terasa add math dulu tu amat senang
  • mendidik jiwa ku menjadi seorang insan
  • mendidik fizikal ku dengan arus deras sungai 'meeting-meeting' yang tidak kenal erti penat mengunjungi ku setiap masa, membasahi diriku dengan tugasan-tugasan yang kadangkala hanya membuang masa.
  • menjadikan aku hamba yang bersyukur kepada Tuhannya.
jangan asyik nak salahkan IB kalau semua tu salah diri sendiri.

sebelum nak salahkan orang lain, cermin diri tu dulu.jangan ingat kita semuanya betul.

dah dah. aku memang tak berapa betul, pergi sambung buat world lit!

p/s: kepada bakal-bakal junior, jangan takut dengan IB. IB tu 'best'